Connect with us

Semasa

“Boleh didenda RM100 ribu, dipenjara 3 tahun,” Ebit Lew Tidak Dibenarkan Bantu Penduduk Di Pulau Semporna Lagi

Betapa mulianya hati insan bernama Ebit Lew ynag dilihat tak berhenti-henti untuk membantu sesiapa saja yang di dalam kesusahan.

Beliau tidak sekali pun mengambil kira tentang agama mahupun bangsa sesiapa yang dibantunya.

Bahkan, ada juga menjadikan Ustaz Ebit Lew sebagai contoh yang baik yang wajar diikuti.

Terbaru, netizen dikejutkan dengan berita sedih apabila Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sayu hatinya kerana tidak dibenarkan membantu mereka yang memerlukan di sekitar Pulau-Pulau di Semporna.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.

“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.

“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah.

“Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.

“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua.

“Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pihak mana yang benar-benar menyekat usaha murni beliau itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan tidak puas hati dengan tidakkan yang dikenakan terhapa Ustaz Ebit Lew itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.