Bisnes Lingkup Sampai Lelong Semua Barang Niaga, Kisah Peniaga Ini Jadi Inspirasi Orang Ramai

Dek wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia beberapa tahun lalu, ramai yang telah mengalami kesukaran dan kerugian terutamanya bagi para peniaga.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang peniaga makanan yang pernah gagal dalam perniagaannya namun semangatnya kuat bangkit semula telah membuatkan orang ramai tersentuh hati melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aizamzakry itu, dia menceritakan bahawa dia pernah melelong semua barang niaganya selepas perniagaannya ditutup selama 3 bulan.

Apa yang lebih mengharukan, dia turut mengalami kehilangan ibunya dalam tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun, itulah detik yang menjadikan dirinya lebih tekad untuk bangkit dan kembali semula ke ibu kota bersama dengan 4 ekor kucingnya.

“3 bulan lepas, perniagaan tutup kesemuanya. 1 minggu lepas emak tiada. Aku tekad balik semula ke Kuala Lumpur untuk meniaga balik. Datang KL koboi (sehelai sepinggang) bawang 4 ekor kucing, sebab member ajak running business cafe dengan dia.

“Semua sehelai sepinggang, cari rumah baru pun tak survey dah. Kereta yang banyak berjasa pada masa ‘gelap’ asyik meragam juga. Dugaan betul.

“Alhamdulillah, kafe sudah hampir siap semasa aku pindah balik ke KL. 6 Ogos pengembaraan baharu bermula,” katanya.

Ekoran itu, dia pun mengambil langkah untuk mengubah kembali penampilannya itu kepada seseorang yang lebih bersemangat dengan personaliti dan penampilan yang baru.

“Slowly cuba dapatkan balik semangat. Ubah balik penampilan, kalau tak muka dah macam mayat hidup pula.

“Alhamdulillah hampir 2 bulan operasi jiwa dah pulih balik slowly perniagaan mula dikenali. Slowly build up, seronok dapat meniaga balik dapat reda dengan semua yang terjadi.

“Member yang bagi semangat untuk aku involve dengan business balik dan sama-sama jalankan business dia. Environment yang sangat positif. Semoga aku kembali kuat,” cerita Aizam yang kini telah menjalankan perniagaan restoran Puts & Pots.


Melihat ke ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa kagum melihat prosesnya untuk menjadi seorang yang berjaya walaupun ditimpa dengan pelbagai jenis ujian dan cabaran.

Antara komen netizen:

“Bila kita pernah rasa susah insyahallah kita akan rasa hargai setiap apa allah nk bg .. yg xpernah rse dia xkan rse mcmne nk struggle cri duit”

“subhanallah sngt motivasi. klu sy ditmpt Abg blm tentu sy sekuat secekal Abg gd luck truskn prjuangan ya ABG”

Video TikTok yang tular:

@toratoradora roda mula berputar #queenelizabeth ♬ original sound – Boss Danok – toratora