[VIDEO] Giliran Bekas Tunang Buat Kejutan Sempena Birthday Remy Ishak

Remy Ishak antara pelakon yang diminati ramai. Lakonannya yang bersahaja menghidupkan setiap watak yang diberikan kepadanya.

Sekitar dua minggu lalu, Remy Ishak dilihat membuat kejutan hari lahir buat bekas tunangnya, iaitu Ezza Yusof.

Pada kali ini, Ezza pula dilihat melakukan perkara yang sama pada sambutan tarikh lahir bekas tunangnya itu.

Susah tau nak buat suprise untuk Remy Ishak

Walaupun mereka pernah putus tunang sebelum ini, namun mereka masih mempunyai hubungan yang baik diantara satu sama lain.

Menerusi laman Instagram Ezza, beliau telah memuat naik satu video tersebut dua jam yang lalu.

“Susah tau nak buat Surprise Remy ni. Berpeluh! Thank you @azam_mansormc for this video. Pinjam majlis orang, pinjam Emcee majlis orang sekali.”

Ezza pinjam majlis orang lain sempena untuk kejutan tersebut

Sempena ulang tahun Remy Ishak yang ke -39, Ezza dipercayai telah merancang kejutan buat bekas tunangnya itu.

Menurut Ezza, melakukan kejutan buat Remy merupakan suatu perkara yang susah. Ini kerana, dia terpaksa berfikir dan meminjam majlis orang lain sempena sambutan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ezzarl)

Netizen doa agar Remy dan Ezza bertemu jodoh

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir buat pelakon kesayangan mereka itu.

Malah, netizen berdoa supaya mereka berdua kembali bersama dan segera menamatkan zaman bujang.

Dua minggu lepas Remy Ishak buat kejutan buat Ezza

Terdahulu, pelakon lelaki pujaan hati ramai, Remy Ishak dilihat membuat kejutan hari lahir buat bekas tunangnya dulu, iaitu Ezza Yusof.

Pasangan ini pernah menjalin hubungan selama 2 tahun sebelum terputus ekoran tidak sefahaman.

Hubungan tetap baik

Walau bagaimanapun hubungan mereka tetap baik memandangkan mereka berdua merupakan rakan perniagaan.

Namun sambutan hari lahir kembali menjadi persoalan ramai netizen yang sememangnya menantikan Remy Ishak mempunyai orang istimewa dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ezzarl)

Menerusi perkongsian video-video yang dimuat naik oleh Ezza, dilihat Remy membawa Ezza ke satu restoran untuk menyambut hari lahir. Majlis sambutan hari lahir itu turut dihadiri oleh rakan-rakan rapat mereka.

“Saya tak pernah kena ‘surprise’ macam ni. Sejuk tangan sis semalam tak tau nak react macam mana , nak nangis ke nak gelak ke Memang tak expect langsung, smooth betul Mastermind plan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ezzarl)

Menurut Ezza ini merupakan kejutan pertama buat dirinya. Dia turut berterima kasih kepada individu yang merancang kejutan ini dipercayai Remy Ishak sendiri.