Bingkisan Syahdu Penuh Rindu, Luahan Hati Allahyarham Benjy Ibrahim

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Benjy yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit asma.

Pada 2017 lalu, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Sungguh menyentuh emosi dan meruntun hati. Itulah gambaran bingkisan terakhir pelakon ini yang ditulisnya mengenai situasi dirinya sewaktu dipenjara di Medan, Indonesia.

Paling dirindukan pelakon ini adalah kata semangat arwah ibunya

Menurutnya, dia paling rindukan kata-kata semangat daripada arwah ibunya, Allyarhamah Azean Irdawaty.

“Dahulu saya cukup berani menghadapi setiap cabaran kehidupan, saya mampu mengatasi segalanya.”

Kata-kata arwah ibu akan membantu saya untuk terus berjuang 

“Kata-katanya seperti “segalanya akan berlalu” atau “lepaskan dan biarkan Tuhan” atau “solat Ben.

“Dia mendengar kamu,” akan selalu membantu saya untuk terus berjuang memahami erti sebuah kehidupan.”

Saya sudah cuba lakukan yang terbaik 

“Namun, kini suaranya tidak lagi kedengaran di telinga dan tanpa kehadirannya di sisi.”

“Walaupun saya sudah cuba lakukan yang terbaik dan pertaruhkan segalanya untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baru ini, saya dapat rasanya sebahagian diri ini mati seiring dengan masa berlalu,” katanya dalam bingkisan itu yang disiarkan portal Getaran.my.

Saya menerima hukuman penjara 11 tahun

Memetik laporan Harian Metro, Benjy ternyata dicengkam rasa sunyi yang mendalam. Dia tidak pernah meminta takdir hidupnya begitu untuk meringkuk di dalam penjara.

“Saya dihantar ke sini selepas beberapa minggu dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tempatan, di mana saya menerima hukuman penjara 11 tahun dan tiga bulan.”

“Ini kerana memiliki syabu (meth) seberat 4.5 gram ketika memasuki Kuala Namu menerusi penerbangan dari KL (Kuala Lumpur).”

Ia bukanlah satu pilihan hidup yang terbaik

“Saya akui, ia bukanlah satu pilihan hidup yang terbaik, tetapi yang pasti, saya impikan untuk memiliki sebuah mesin masa.”

“Di sini saya kesunyian, bukan kerana tidak mempunyai kawan, tetapi kerana tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris,” katanya.

Rindu nasi ulam mama dan puding roti ayah

Setiap hari menunggu pembebasan, jelas menekan jiwa Benjy. Dia mengakui rindu kenangan bersama keluarga, serta air tangan masakan mereka.

“Nasi ulam arwah mama (dibuat daripada lebih 21 jenis ulam-ulaman yang berbeza) dan sayur keladi.

“Puding roti ayah (tak tahu macam mana ayah sediakan sebab dia tidak pernah suka orang lain berada di dapur ketika dia sibuk memasak).”

Ayam panggang madu adik saya 

“Ayam panggang madu adik saya Elza (setiap kali dia punya masa untuk sediakan makan malam).

“Minuman kesihatan adik perempuan saya Ines (dia memasak sama seperti anak-anak mama yang lain, termasuklah saya, tetapi sejak 10 tahun kebelakangan ini dia menjadi pakar pemakanan keluarga kami).”

Ini adalah beberapa kenangan yang sering menerpa saban hari

“Dan tidak ketinggalan ialah hidangan ketam batu segar yang dimasak dalam sos mentega enak anak saya, pidod dan fie, my other half (dia mahupun pidod tidak selalu memasak) adalah beberapa kenangan yang sering menerpa fikiran ini saban hari, setiap kali saya memandang keluar dari jeriji besi ini,” katanya.

Menurutnya, dia juga terpaksa berlapar akibat kekurangan makanan tersedia di penjara dia ditempatkan.

Kerana saya makan ketika berasa tertekan

“Mengapa makanan? Kerana saya makan ketika berasa tertekan. Mengapa saya tertekan.”

“Selain perkara yang sudah jelas, saya mempunyai 10 tahun lagi untuk menunggu hari pembebasan.”

Kebiasaannya saya sering berlapar

“Makanan tidak mencukupi di sini kerana populasinya berlebihan, itulah yang diberitahu.”

“Jadi, kebiasaannya saya sering berlapar. Di manakah lokasi ini? Inilah tingkat 3, blok C, sebuah penjara di Indonesia yang tidak akan saya dedahkan atas faktor keselamatan,” tulisnya.

Urusan pengebumian jenazah Benjy dilakukan di Medan

Difahamkan juga, segala urusan pengebumian jenazah Benjy dilakukan di Medan, hari ini.

Jenazah Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 43, yang meninggal dunia akibat asma, jam 11 pagi semalam.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di tempat Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan, Indonesia pada jam 12 tengahari waktu Malaysia dan selesai sepenuhnya pada jam 12.45 tengahari.


Kami sekeluarga berterima kasih dan terhutang budi

Semua urusan jenazah dikendalikan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.

Adik bongsu Allahyarham, Inessa Irdayanty dalam kenyataannya melahirkan kesyukuran kerana segala urusan berjalan lancar.

“Kami sekeluarga sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan Penjara Tanjung Gusta, Medan atas setiap urusan dan bantuan berkenaan Benjy.

Terima kasih semua atas doa dan ucapan 

“Dan kami nak berterima kasih lagi sekali kepada setiap pihak, individu, organisasi, netizen, atas setiap doa dan ucapan takziah yang dikirimkan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata dia sempat menyaksikan proses pengebumian anak kepada aktres terkenal Allahyarham Azean Irdawaty itu menerusi siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan.

Semua urusan dipermudahkan 

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke ‘negara’ abadi.”

“Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan, saya memohon semua pihak untuk memaafkannya dunia dan akhirat.”

Benjy seorang yang sangat kuat dan hebat laluinya hingga hujung nyawa

“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga pelakon ini.