Bikin Cuak! Prank Letak Muka Pak Cik Dalam Berita Buat Netizen Tak Kering Gusi

Menyakat kenalan rapat memang amat menghiburkan. Selain dapat melihat riak wajah muka mereka yang lucu, dapat juga menghilangkan rasa stres.

Iospital phone repair gombak

Tambah-tambah lagi sekarang ni dah banyak trend prank yang boleh kita rujuk di media sosial. Jadi, makin banyaklah idea dan cara untuk mengusik kawan-kawan. Tapi jangan pula melebih-lebih sehingga menyinggung perasaan orang lain ya?

Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, reaksi seorang pak cik apabila melihat wajahnya terpampang dalam berita telah mencuit hati netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @enoasan, sekumpulan lelaki sedang melepak di sebuah warung. Seorang daripada mereka kemudiannya memanggil seorang pak cik yang bernama Mr. Epot untuk menunjukkan berita kepadanya.

Malah apa yang mengejutkan Mr. Epot, namanya turut disebut di dalam siaran berita berkenaan.

“Salam sejahtera, pihak berkuasa sedang memburu lelaki yang dikenali sebagai Mr. Epot.”

Terperanjat mendengar beritu itu, Mr. Epot kelihatan tak senang duduk sementara yang lain sudah ketawa terbahak-bahak melihatnya! Pun begitu, akhirnya dia menyedari itu hanyalah prank semata-mata.

Prank bergurau dengan Mr. Epot. Terkejut juga dia, ingat betul-betul punya. Apa-apa pun terbaik Epot sporting”, tulis pengguna TikTok itu di ruangan kapsyen.

Sejak video itu dimuat naik pada bulan lalu, ianya telah berjaya meraih sebanyak 2.2 juta tontonan dan 158.1 ribu tanda suka!

Ketika menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat prank itu kerana nampak begitu ‘real‘! Malah ada yang siap meminta tutorial kerana ingin mengenakan rakan-rakan mereka.

Dalam pada itu, netizen tak kering gusi melihat kegusaran yang terpampang pada wajah Mr. Epot.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“😂😂😂 Gelisah pakcik tu😂😂”

“bergenang mata pak cik tu hahahaha”


“kcian muka pakcik tu langsung pucat😂😂😂😂😂”

“x kuar umah seminggu pakcik tu😂😂😂”

“😂 kes naya ooo”

“Sian member pecaya 😂”

Video yang tular di laman TikTok

@enoasanprank bergurau dengan mr epot 😂 terkejut jugak dia , ingat betui2 punya 😂😂 apa2 pun terbaik epot sporting hahha♬ original sound – eno@san™🇲🇾