“Betul ke nak pakai hijab muda macam ni, tawaran berlakon macam mana” Zikir Hingga 3 Pagi, Eyra Hazali Nekad

Eyra Hazali, pelakon muda yang sedang meningkat naik kini tampil berhijab dan berkongsi kisah sebelum dia nekad mengenakan tudung saat semasa ditemuramah di dalam satu program di Astro Ria, Meletop.

Eyra berkata abangnya ada memberi cadangan supaya dirinya mengenakan tudung setiap Jumaat buat permulaan.

“Abang ada cakap why not cuba pakai tudung setiap hari Jumaat dan masa tu saya dah berjaya pakai selama dua minggu.

“Akan tetapi pada masa itu, tak ada rasa apa-apa, tak ada rasa nak terus pakai,” kata Eyra.

“Benda ni juga saya dah try pakai setahun lepas dan malam itu juga (setahun lepas) saya tak boleh tidur, termenung lama dan bertanya pada diri sendiri sampai bila nak macam ni, aurat terdedah dekat luar sana dan malam itu (subuh semalam), saya terfikir benda yang sama macam setahun lepas,” ujar Eyra kepada.

“Saya berzikir semalam sampai pukul 3 pagi dan bertanya pada diri sendiri betul ke keputusan untuk pakai hijab dalam usia yang muda macam ni, tawaran berlakon semua macam mana pula.

“Saya cuba positif sebab rezeki Allah itu luas dan saya nekad nak pakai tudung juga,” jelas gadis berusia 20 tahun itu.

“Kadang-kadang balik rumah malam tu terlalu penat sebab shooting dan setiap kali tertinggal solat, rasa macam diri ni terlalu kosong dan tak tenang, semua solat saya dah buat tapi Isyak je belum, rasa rugi sangat.

“Akan tetapi saya tahu Allah jentik hati saya untuk membantu saya dalam penghijrahan ini,” kongsi pemilik nama lengkap Hazirah Qasdina Hazali ini.

Tampil dengan imej sedemikian, ahli keluarga, tunang dan rakan-rakan juga terkejut dengan perubahan itu.

“Saya tahu ramai terkejut dengan perubahan macam ni, tapi ini pun perubahan kearah kebaikan. Ayah ada tanya betul ke keputusan yang saya buat ni adakah sebab trend atau sebab Allah, tapi saya jawab tenang, saya buat bukan untuk diri sendiri tapi kerana Allah dan saya juga sayangkan ayah tak nak dia diheret masuk neraka gara-gara aurat saya terdedah.

“Malah tunang pun turut terkejut,” akhiri Eyra.

Walau apa-apa pun, kami semua sentiasa mendoakan semoga Eyra istiqamah dalam perjuangan sebagai muslimah di dalam industri seni ini.