“Betapa lovely kekasih awk” Isteri Dedah Gambar Awek ‘Free Hair’ PU Abu

Nampak gayanya, Abu buat hal lagi di saat isterinya sarat mengandung!

Kalau dulu Abu sanggup tinggalkan bekas isterinya Ain Afini yang sarat mengandung anak sulung mereka demi wanita berniqab Hana Izraa, kini Abu nampaknya bertukar selera kepada wanita free hair pula.

Menerusi laman Instgaram, isteri PU Abu Sufyan, Hana Azraa memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung.

Di dalam perkongsian itu, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru.

“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, Hana turut menukar gambar profil Instagram miliknya dengan imej wanita tersebut.

Rata-rata netizen tidak terkejut dengan kejadian itu dan meninggalkan komen di ruangan foto tersebut.

“Rasalah balik, dulu kau ambil hak orang, kacau hak orang, jadi, sekarang, rasakan. Mesti tahu tentang hal-hal berbentuk kifarah.

“Abu buat hal lagi.

“Hebat Abu,..kalau handsome tak tahu lah lagi macam mana,” 

Sebelum ini Abu telah meninggalkan bekas isterinya yang sarat mengadung, Ain Afini demi Hana Azraa.