“Bertabah ye abah” Gelagat Ayah Pakai Beg Kertas Di Restoran Gara2 Ingin Elak Disuap Makanan Undang Dekah Ramai

Melihat pasangan yang sudah lama berumah tangga bergurau senda menimbulkan satu perasaan yang lain buat kita. Ya lah, biasanya bak kata orang, mula-mula kahwin saja yang sweet. Dah lama-lama tak sweet dah.

Iospital phone repair gombak

Selain itu, melihat pasangan yang sudah berusia bermesra-mesraan di tempat awam juga membuatkan anak muda berasa ingin mempunyai hubungan baik sedemikian bersama pasangan yang dipilih.

Seperti yang sempat dirakam oleh wanita ini, ibunya dilihat tidak mampu menghabiskan makanan yang dipesannya di restoran. Enggan membazir, ibunya menyuap makanan tersebut kepada bapanya.

Namun apa yang mencuit hati ramai adalah tindakan refleks si bapa yang segera menutup mulutnya! Bukan itu sahaja, dia kemudiannya dilihat menccapai satu beg kertas lalu memasukkan kepalanya ke dalam beg tersebut!

Bukan wanita ini sahaja yang terhibur melihat gelagat kedua ibu bapanya, malah setelah video ini dikongsikan di TikTok, rata-rata turut ketawa besar.

Kini, video yang dimuat naik di TikTok berkenaan disambut baik sehingga berjaya meraih 1.3 juta jumlah tontonan serta mengumpul 135.9 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, netizen terhibur melihat gurauan manja antara kedua ibu bapa wanita ini. Mereka turut menyokong tindakan ibunya yang seolah-olah membuli bapanya itu.

Selain itu, rata-rata teruja melihat hubungan antara ibu bapanya yang masih boleh bergurau sesama sendiri walaupun sudah berusia. Dalam pada itu, netizen turut sempat menitipkan doa buat orang tua reezmell.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Ya Allah comelnya… sweet sgt.. semoga kedua org tua awak sentiasa dlaam lindungan Allah swt.. aamiin… 🥰”

“weyhh siyess aaa.. kita lelaki kena hbiskan makanan dyorang smpai ke tua ke? noo!!!!!!!😳”


“terpaksa saya sambung tido balik makcik”

“cute jew..semoga your parents dikurniakan kesihatan yg baik n happy selalu..ameen”

Video yang tular di laman TikTok

@reezmell sejak bersara… mama mmg kuat buli abah 😝😝 bertabah ye abah.. syg bini kannnnnnnn #sygbini #biniboss🤣🤣🤣 #fyp #tiktokmalaysia #myqueen #myhero #gelagatabahmama ♬ bunyi asal – Nyap tahuk