Negara kita sekarang sedang mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.

Pastinya banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.

Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam.

Namun lain pula dengan kisah kali ini dimana seorang wanita terpaksa melahirkan anak dalam keadaan yang serba kekurangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @tutynooamalina, kelihatan mereka sedang membantu seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang ditenggelami air.

Dalam masa yang sama, Jiran tetangga yang berada berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan.

“Kami cuba bantu sesama sendiri kerna air banjir dah terlalu tinggi dan ini adalah operasi menyelamat baby dan ibu yg baru melahirkan”

Dapat kita dengar suara wanita yang sayup meminta tolong dan suara bayi yang sedang menangis. Syukur wanita tersebut bagaimanapun selamat melahirkan bayi walaupun dalam keadaan sangat tidak selesa.

Berikut merupakan video yang tular :

@tutynoormalinaTik tok dah reived video yg tadi! Sorry guys! Tq atas doa kalian! ##fyp ##foryourpage♬ original sound – tutynoormalina

Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 311.2K tontonan, 15.2K tanda suka, 703 komen dan 876 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen bersimpati dengan apa yang terjadi kepada wanita ini kerana bersalin di rumah dalam keadaan air banjir di paras yang membahayakan memang sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi tanpa sebarang persediaan yang cukup.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Ada dengar juga ibu bersalinn masa banjir… Allahu semoga ibu dan baby selamat..”

Baby tu dipegang takut terjatuh dalam air


Allahuakbar, semoga diberi ketabahan