Mendirikan rumah tangga adalah sesuatu yang diimpi-impikan terutama sekali anak muda di luar sana namun tak mampu untuk berkahwin lagi kerana ‘jodoh belum sampai’.
Bagaimanapun, sejak pilihan raya tempoh hari, pelbagai kerenah pelik yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia sehingga ada yang bernazar ingin berkahwin tahun ini juga jika Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berjaya menjadi Perdana Menteri ke-10!
Ya, pelik tapi benar. Begitulah hasrat yang disuarakan oleh seorang gadis berusia 25 tahun ini apabila mendapat berita pelantikan Anwar dan akan segera menunaikan nazarnya.
Dia telah memuat naik satu ciapan meminta bantuan orang ramai untuk mencarikan jodoh untuknya demi memenuhi nazarnya itu.
“Tolong i ada buat NAZAR kalau DSAI jadi PM10 i nak kahwin tahun ni juga. Jadi tolong retweet posting i. I cari calon suami yang soft spoken. Tak perlu terlalu islamik cukup faham agama.
Selebihnya kita boleh belajar sama-sama. I ada degree SYARIAH UKM. Bakal sambung master.” tulisnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Antaranya, mengingatkan supaya gadis tersebut berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana tahun ini hanya tinggal sebulan sahaja.
Ketika meneropong ke ruangan komen, warganet menasihati gadis ini agar tidak terburu-buru mencari jodoh untuk melangsungkan perkahwinan kerana risau tersalah pilih.
Selain itu, mereka turut menasihatkan untuk tidak bernazar sesuka hati kerana ditakutkan akan memakan diri sendiri.
Berikut antara komen-komen warganet di Twitter
Jangan terburu-buru kahwin saudari. Kena cari calon elok-elok. 😊
Lebih baik bayar kifarah untuk batalkan nazar tersebut.
Pesanan ikhlas daripada orang yang dah berkahwin awal.
Bukan menyesal tetapi sedih melihat kawan-kawan yang kahwin awal sudah ramai bercerai.
— Hidup Berbakti (@hidupberbakti) November 24, 2022
Awak, tahun ni tinggal sebulan je awak.
Nak cepat cari yang nak Cina buta. Sebab nazar kan. Aiyokkk tak tau aiyokkkkk
— sunshine (@itssuriakamilan) November 24, 2022
Wei aku yg nak kahwin 2-3 bulan pun kelam kabut, ni kan nak kahwin dlm masa sebulan weiii. Aku baca pun semputtt
— 😡 Caca 😡 (@cacaxhayat) November 24, 2022
Dik jangan terburu2 nak kawin, tahun ni tinggal sebulan je lagi 😂
— Min Min #KitaBoleh (@aymeemin) November 24, 2022
Tapi belajar syariah xde explain pasal nazar ke. Kenapa bernazar benda yang susahkan diri. Macam org kawin nazar nak mengandung tahun ni juga, tapi rezeki dan jodoh tu kan dkt tgn Allah.
— Maya (@mayakmrlzmn) November 25, 2022
Nazar kalau tak mampu tepati, kena kaffarah kalau tak silap…mcm denda..bagi makan org fakir miskin berapa orang tah..
— Arjuna 🍥 (@ArjunaIndera98) November 24, 2022
Ciapan yang tular di laman Twitter
@TwtJodohMY tolong i ada buat NAZAR kalau DSAI jd PM10 i nak kawen tahun ni juga.Jadi tlg retweet posting i.I cari calon suami yg soft spoken.Tak perlu terlalu islamik ckup paham agama.Selebihnya kita boleh blaja sama2.I ada degree SYARIAH UKM.Bakal smbung master. pic.twitter.com/U1ek1RKewc
— Cinta Aqiela ♡ (@Aqielaizzatyy) November 24, 2022