Bermotosikal Atas Rakit Demi Murid Pedalaman, Orang Kampung Pula Jadi Hero Bawa Guru Ke Tebing

Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan buat guru yang telah banyak berkorban demi anak didiknya.

Iospital phone repair gombak

Lagi-lagi guru yang ditugaskan mengajar di kawasan pedalaman. Seperti yang ramai tahu, kawasan luar bandar kekurangan kemudahan daripada pelbagai aspek.

Termasuklah laluan ke sekolah yang daif, sehingga guru terpaksa mencari usaha sendiri cara untuk menempuh kekangan sedemikian.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok oleh @bustaman_perwira_siregar memaparkan jerih perih seorang guru perempuan menyeberangi sebatang sungai demi ingin menyampaikan ilmu kepada pelajarnya.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, guru yang menaiki motosikal dibawa menyeberangi sungai menggunakan rakit sambil dikemudikan oleh dua orang penduduk kampung.

Yang membuatkan ramai terharu melihat situasi itu, dua lelaki yang membantu guru tersebut sanggup meredah air sungai setinggi paras paha agar guru itu selamat ke seberang.

Sebaik sahaja sampai di seberang, kedua-dua lelaki berkenaan membantu guru wanita tersebut turun daripada rakit dan naik ke tebing.

“Sungguh mulia tugas seorang guru, tetap semangat ibu guru,” tulis pemilik video pada video berdurasi 1.25 saat itu.

Kejadian dirakam di sebuah kawasan pedalaman di Nahulu Julu, Sumatera Utara, Indonesia.

Sehingga kini, tiada kepastian sama ada kawasan berkenaan sememangnya tiada jambatan atau sudah rosak.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman tular berkenaan telah berjaya mengumpul jumlah tontonan sebanyak 500.4 ribu serta meraih 15.5 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru yang sanggup bersusah payah demi mendidik anak bangsa.

Bukan itu sahaja, netizen turut memberikan pujian terhadap orang kampung yang sudi membantu memudahkan perjalanan guru tersebut ke sekolah tempatnya mengajar.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Yang mcm ni patutnya yg layak terima anugerah guru cemerlang..”

“Guru2 yg menjalanani kesusahan begini di sarankan upload video2 begini supaya menteri dan parlimen nampak kesusahan mereka”


“beginilah antara nasib dan jerih payah yg terpaksa dihadapi sebahagian guru yg ditempatkan dipendalaman.”

“Semoga guru, si penarik depan belakang dikurnia sebesar ganjaran iaitu Syurga Allah ❤️”

Video yang tular di laman TikTok

@bustaman_perwira_siregar Semangat Ibu Guru #guru #pejuang #pelosok #aeknahula #foryou #fyp #teacher #bestteacher #sungai ♬ Sholawat Jibril – Nada Langit