Bermesra Dengan Rakyat Di Bazar Ramadhan Tunku Azizah Order Air Balang Asam Boi

Kemeriahan Bazar Ramadhan terus dirasai walaupun kita sudah memasuki hari ke 20 berpuasa pada hari ini.

Iospital phone repair gombak

Bazar Ramadhan yang hanya muncul selama sebulan ketika umat Islam menunaikan ibadah puasa ini nyata menambahkan kehangatan orang ramai untuk menikmati pelbagai jenis minuman dan makanan yang dijual kepada pelanggan.

Malah bukan hanya umat Islam sahaja yang gemar ke Bazar Ramadhan, pelbagai kaum sepeti Cina dan India juga turut sama memeriahkan suasana apabila turut sama datang untuk membeli pelbagai juadah yang dijual.

Agong dan Permaisuri mencemar duli beli juadah di Bazar Ramadhan

Kemeriahan dan keterujaan itu turut sama dirasai oleh  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli melawat Bazar Ramadan Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Menerusi satu video yang  tular di laman Tiktok, Baginda yang ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat sedang berada di salah sebuah gerai minuman berkonsepkan air balang di bazar tersebut.

Permaisuri Agong order air balang

“Agong dan Permaisuri order air balang,” tulis kapsyen video TikTok yang menerima hampir 300,000 tontonan itu.

Dalam video tersebut, Tunku Azizah turut membeli beberapa bungkus air balang pelbagai perisa yang dijual serta turut beramah mesra dengan rakyat jelata yang berada di sana.

“Asam boi nak, asam boi dua. Ribena, campur la tak apa,” kata Tunku Azizah.

“Air jagung,” ujar Agong secara santai sambil menepuk belakang bahu peniaga itu.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa teruja apabila menonton video itu dan menyifatkan Baginda dan Permaisuri Agong sebagai raja yang berjiwa rakyat.

Orang ramai turut terharu kerana Baginda turut sama-sama seperti rakyat jelata turun padang untuk membeli juadah di bazar dan menyokong penjual tempatan yang berniaga di situ.

Berikut antara komen dari netizen :

“Mesranya Agong dan Permaisur, terbaik”


Video yang tular di laman Tiktok

@_defnotkai_ POV : Agong dan Permaisuri order air balang 🙏🏼 #agongmalaysia #agongkita ♬ Marhaban Ya Ramadhan – Muhammad abdul jafar