“Berhenti romantiskan isu kematian..” Fynn Jamal Rayu Ingatkan Supaya Berpada-pada

Semenjak pemergian Allahyarham Siti Sarah, ramai orang telah membuat video kenangan tentangnya dan suami Shuib.

Boleh dikatakan telalu banyak media dan juga content creator terutama di media sosial  yang meyelami kisah hidup mereka sejak dari awal.

Namun terdapat segelintir pihak yang menggunakan pemergiannya itu dengan niat mengaut keuntungan dengan membuat tribute serta video romantis Allahyarham.

Hal berkenaan telah membuat beberapa pihak seperti Fynn Jamal yang mula bersuara kerana ada yang melampaui batas.

Fynn yang juga merupakan penyanyi dan pendakwah itu berkata mereka yang melakukan demikian haruslah berpada-pada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal)

Katanya tidak salah memuji dan mengingati arwah namun ingatlah bahawa syaitan sentiasa ada kerana berhala pertama di dunia adalah mengagung-agungkan manusia secara berlebih.

“Berpadalah. Puji tak salah. Mengingat tak salah. Tapi berpada. Ingat sentiasa, syaitan sentiasa ada di luar garis berpada-pada itu.

Jangan kita lupa, berhala pertama atas dunia ini terjadi apabila mengagungi orang-orang soleh secara berlebih. Dibinakan tugu, dipuji-puja.”

Tambahnya lagi, tidak perlu mengulang dosa sila si mati seperti mendengar lagu-lagu cinta yang melalaikan dan seumpamanya.

“Jangankan kerana tribute, kita sulam sekali dosa.”

Tambahan lagi Fynn Jamal sememangnya rajin melayan soalan-soalan daripada netizen lalu berkongsi di IG Storynya.

Lalu, ada netizen yang bertanya “adakah tidak salah mengenang jasa orang yang telah meninggal dunia tetapi bukannya kerana obses” Fynn menggariskannya dengan hadis Rasulullah SAW bahawa ianya perlu dilakukan dengan kadar sederhana sahaja tidak perlu berlebihan.

“Memuji dan mengenang kebaikan arwah tidak salah tetapi jangan sampai melampaui batas.”

Dalam banyak-banyak persoalan netizen, ada seorang yang bertanya apa yang akan berlaku jika Fynn meninggal dunia.

Namun dia menjawab dia berharap agar kematiannya pada suatu hari nanti tidak dijadikan bahan kenangan dan imbauan berlebihan buat peminat dan netizen diluar sana.

Katanya lagi, sebagai umat islam kita perlukan lebih banyak pahala setelah kematian, dan masih banyak benda yang perlu dihitung dan bukannya dengan kenangan romantis sebegini.

Fynn juga ada menasihati janganlah terlalu dibuai kenangan kerana kematian bukanlah pengakhiran malah ia merupakan permulaan di alam abadi.