Bergaduh & ‘Hancurkan’ Honda Civic Guna Batang Besi, 6 Lelaki Kini Ditahan Polis

Seringkali kita lihat di media sosial dimana ada beberapa individu bergaduh di tempat awam oleh kerana tidak berpuas hati ataupun melakukan khianat pada orang lain.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa orang lelaki bertindak merosakkan sebuah Honda Civic di kawasan letak kereta mencuri perhatian ramai.

Dapat kita lihat lelaki yang tidak memakai baju itu menggunakan alatan dipercayai batang besi untuk memecahkan beberapa bahagian kereta terbabit, terdapat seorang lelaki turut dirakam menendang tingkap penumpang belakang.

Pun begitu, menurut Utusan Tv, enam lelaki warga tempatan telah ditahan polis pada hari yang sama selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di kawasan letak kereta tingkat bawah kompleks beli-belah di Jalan Bintang, Miri.


Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu yang juga Ketua Polis Daerah Miri memaklumkan kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 34 tahun itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Miri.

“Enam lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut. Tangkapan dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri susulan satu aduan diterima pada pukul 11 pagi hari yang sama,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan pelbagai reaksi malah akui aksi tersebut merupakan tindakan yang diluar batas.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular: