Bercuti Musim COVID-19, Wanita Hina Pusat Kuarantin Buat Netizen Bengang

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan beberapa hotel yang diwartakan sebagai pusat kuarantin bagi sesiapa yang baru pulang dari luar negara. Hal tersebut juga kecoh apabila ada individu yang baru pulang dari luar negara memuat naik gambar keadaan hotel mewah yang dihuninya. Walau bagaimanapun, dia sempat menghina pusat kuarantin di AKEPT, Nilai seolah-olah penjara [...]

Beberapa hari lepas telah tular di media sosial berkenaan beberapa hotel yang diwartakan sebagai pusat kuarantin COVID-19 bagi sesiapa yang baru pulang dari luar negara.

Menerusi warta kerajaan yang telah diterbitkan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ia antara lain merangkumi beberapa lokasi pusat kuarantin di Kedah, Perak, Pahang, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Selangor dan Johor.

Di antara hotel mewah yang terlibat adalah Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Grand Millenium Kuala Lumpur, Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Royal Kuala Lumpur.

Muat naik gambar hotel mewah

Isu tersebut juga menjadi kecoh apabila ada seorang individu yang baru saja pulang dari luar negara memuat naik gambar keadaan hotel mewah yang dihuninya.

Namun begitu, dia sempat menghina pusat kuarantin di AKEPT, Nilai seolah-olah penjara dalam satu perkongsian yang dibuat di laman Twitter.

Rentetan daripada itu, individu tersebut teruk dihentam netizen kerana memperlekehkan usaha kerajaan.

Ramai yang bengang dengan kenyataannya sedangkan dia sendiri pergi bercuti ketika musim COVID-19 sedang menular walaupun ketika itu kerajaan belum mengumumkan PKP.

Individu tersebut dikatakan telah terbang ke New Zealand untuk bercuti ketika musim COVID-19 sedang mulai menular ke dalam negara.

Perbuatannya telah membuatkan netizen begitu marah kerana mempertikaikan tahap pusat kuarantin yang dibuka di Nilai.

“Dipersilakan mereput ya”


“Kau pergi travel pun book budget hotel di Agoda”

“Patut takyah balik je..macam haram perangai..sakit hati betul”

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan menempelak komen wanita tersebut yang disifatkan sebagai tidak bersyukur.