“Tak senam tuptup turun 20kg, memang…” Berat 120kg Turun Hingga 65kg, Gadis Ini Kongsi Rahsia

Semua wanita mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri.

Ramai yang tewas di tengah jalan dan impian untuk kurus itu hanya tinggal impian.

Ada yang sanggup mengambil jalan singkat dengan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan bentuk badan idaman.

Namun perkongsian oleh seorang gadis bernama Ain ini membuktikan bahawa tidak perlu mengambil produk kurus untuk mendapatkan bentuk badan langsing.

Dari berat 120 kg, seorang gadis berkongsikan caranya untuk menurunkan berat badannya dengan mengamalkan diet sihat dan kini berat badannya 65 kg.

Menurut gadis ini, setahun lalu dia pernah ditinggalkan kerana bentuk fizikalnya. Namun dia bertekad untuk menurunkan berat badan dan menjalani gaya hidup sihat.

I start diet tgh bulan lepas, 1 bulan i turun 10kg. Cukup 100rt. I akan share tips and menu plan. Raih RT sbb taknak buat thread syok sendiri. Huhuhu.

Setahun yang lalu dan semalam yang indah, kerna kau pernah katakan aku gemuk kerana kau pernah tinggalkan dugong ni kerana kau aku bangkit tapi sekarang kerana aku sedar nak sihat

Kata gadis ini, dia berbadan besar sejak dari sekolah lagi sehingga berasa malu untuk berjumpa dengan orang sekeliling.

Dari sekolah dah gemok. Sampai malu gila nk jumpa orang sekeliling. Dengan ahli keluarga pon sama hm

Langkah pertama dilakukan oleh gadis ini untuk menurunkan berat badan adalah dengan melakukan detoks terlebih dahulu. Ujarnya lagi, minum air masak 3 hingga 4 liter sehari dan amalkan minum teh hijau.

1. Kena detox dulu badan tu. Berapa tan matrix lemak2 yg menapak beranak pinak dkt usus tu? So, korang blh google.

2. Mesti minum air masak 3-4 liter sehari

3. Minum teh hijau saya memang amalkn green tea bukan kata mnum green tea tak jaga makan, tak senam tuptup turun 20kg. Mmg tak lah

4. Setiap hari wajib workout 30min/day klu nk tgk sy workout follow ig sy @yyyaien_

5. Pantang ais & air manis kena pantang segala mak nenek yang sejuk. Just minum air suam mengikut liter yg badan korang perlukan (whole day)

6. Jangan makan “fast food” pantanglah segala fast food seperti KFC, McD, Pizza , Subway semua tu untuk minggu pertama tanpa ada “treat day”

Menurut gadis bernama Ain ini, setiap hari dia akan melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit.

Selain itu, perlu menjaga pantang dengan mengelakkan minum minuman manis dan berais. Untuk minggu pertama jangan makan segala jenis ‘fast food’.

Rutin setiap pagi, lunch & makan malam

Berat daripada 120kg turun kepada 65 kg

Pagi: telur rebus 2 biji + greetea or roti wholemeal

Lunch : ayam atau ikan, sayur hijau rebus/kukus. (Sayur ni penting) dan air suam

Dinner: buah epal hijau or nenas ( tak lebih pukul 8 malam)

Selain daripada itu, tips lain yang boleh diamalkan adalaha dengan memastikan makan malam tidak lebih dari pukul jam 8 malam dan perlu ambil buah-buahan.

Anda juga mungkin boleh cuba tips yang dikongsikan oleh gadis ini jika mahu menurunkan berat badan secara sihat dan apa yang paling penting ialah semangat dan disiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.