“Berapa lama saya akan hidup?” Tak Mahu Hidup ‘Gila-gila’, Khabib Takut Disoal di Akhirat.

Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov terkenal dengan sisi agamanya dimana ianya berkisar mengenai kehidupan peribadi dan keluarganya.

Khabib memiliki seorang isteri dan dua orang anak dimana dia tidak gemar berkongsi kisah hidupnya dengan orang ramai.

Setiap kali pulang ke kampung halaman, Khabib tinggal bersama dengan isteri, anak, ibu dan bapanya di sebuah apartmen.

Selain berlatih, Khabib tidak pernah lupa untuk melakukan ibadah dan gemar mendengar muzik Rusia.

Sewaktu ditemuramah Los Angeles Times suatu ketika dahulu, Khabib menegaskan agama dan iman adalah perkara yang paling penting di dalam hidupnya.

“Kamu pergi ke masjid sebab tiada sesiapa pun yang sempurna.

“Semua buat silap dan mesti mohon keampunan dengan Allah. Kita harus bersikap jujur dan ia adalah perkara paling penting dalam hidup,” kata Khabib.

Malah, Khabib juga mahu menjadi inspirasi dan idola yang baik kepada golongan muda di luar khususnya para peminatnya.

“Saya lihat Nate Diaz menghisap ganja dalam TV. Saya tak mahu anak-anak saya hisap ganja.

“Ada sebab kenapa kita ada di sini. Saya tak hisap rokok dan minum.

“Bukan kerana saya jaga kesihatan untuk kerjaya sukan tetapi kerana saya Muslim,” ujarnya lagi.

Menerusi temubual itu, Khabib mengakui takut kerana tidak tahu bila masanya dia akan meninggal dunia.

“Saya ada keluarga, anak, kawan dan kerjaya. Saya dah umur 30. Berapa lama saya akan hidup?

“Saya tak nak hidup gila-gila. Saya percaya apabila meninggal, Allah akan tanya segala perbuatan saya,” katanya lagi.

Ajaran Islam Sunni

Khabib mengamalkan ajaran Islam Sunni yang mana menyumbang kepada kira-kira 80% penduduk Islam di dunia.

Ajaran Islam Sunni membentuk kira-kira 90% peratus populasi Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

Khabib dilahirkan di kawasan kampung terpencil di Sildi, di daerah Tsumandinsky yang kini dikenali sebagai Dagestan, Rusia.

Di dalam satu kaji selidik 2012 oleh Projek ARENA, 83% daripada penduduk di Dagestan dikenalpasti sebagai beragama Islam.

Sekitar beberapa tahun lalu, Khabib mendapat tahu berkenaan dirinya telah menjadi sebahagian daripada permainan video EA Sports UFC 2.

Di dalam permainan video tersebut, karakternya dilihat melakukan aksi meraikan kemenangan dengan cara Kristian yang mana bercanggah dengan agama Islam.

Apabila Khabib menang dalam permainan tersebut, cara wataknya meraikan melibatkan dia melakukan isyarat dalam bentuk salib. Ia merupakan satu animasi yang mana watak-watak yang lain turut melakukannya, namun ia merupakan sesuatu yang mana Khabib sebenar tidak akan sesekali melakukannya,” jelas laporan Kotaku pada tahun 2016.

Berang dengan perkara itu, Khabib menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak senangnya kepada EA Sports.

Khabib telah menulis kepada EA Sports melalui laman Twitter tentang agamanya dan meminta EA untuk menukar aksi tersebut.