“Bau chemical kuat sangat..” Wanita Kongsi Pengalaman Naik e-Hailing, Seat Kereta Basah Lencun Dengan Cecair Seakan Sanitizer

Langkah berjaga-jaga sememangnya sangat penting demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Walau bagaimanapun, ianya janganlah terlalu berlebihan sehingga membuatkan orang di sekeliling berasa tidak selesa dengan kita.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, seorang wanita merakamkan dan berkongsikan pengalamannya menggunakan perkhidmatan e-hailing di laman TikTok miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @rayyanmotivasi, wanita itu terpaksa duduk sahaja di kusyen kereta tersebut yang dipercayai basah akibat disembur dengan cecair pembasmi kuman (sanitizer) yang begitu banyak.

Bukan itu sahaja, sehinggakan dia juga terpaksa membuka pelitup muka miliknya kerana tidak tahan dengan bau yang sesak dan tidak menyenangkan itu.

Berdasarkan laporan MStar, wanita itu menjelaskan bahawa kisah itu berlaku sewaktu dalam perjalanan dari Putrajaya ke Bangi, Selangor atas urusan kerja.

“Apabila buka pintu saya nampak seat basah, selain itu bau chemical pun kuat sangat. Saya beritahu pemandu tu tentang hal berkenaan.

“Dia hanya jawab ada penumpang lain sebelum saya. Waktu itu saya pakai mask, tapi tak tahan dan susah nak bernafas sebab bau chemical sangat kuat… saya terpaksa buka,” katanya.

Ekoran keadaan yang tidak selesa itu, wanita yang dikenali sebagai Rayyan itu terpaksa bersuara kepada pemandu tersebut yang memakai pelitup muka.

“Saya maklumkan bau kuat sangat, saya minta izin untuk buka tingkap dan dia izinkan. Ingatkan apabila tingkap dah buka dengan angin lalu, keadaan jadi okay.

“Tapi tidak, bau chemical tetap ada dan sangat kuat. Walaupun dah buka tingkap, ia tak membantu pengudaraan,” jelas wanita tersebut yang berusia 30 tahun.

Jelas Rayyan, dia berasa lebih kesal apabila pakaiannya juga basah disebabkan cecair tersebut.

“Baju dan seluar yang saya pakai basah terkena cecair tu di tempat duduk. Bau chemical tu melekat pada pakaian,” terangnya lagi.

Rayyan turut menegaskan bahawa perkongsiannya itu bukanlah untuk menjatuhkan atau menutup periuk nasi mana-mana pihak, akan tetapi niatnya hanya sekadar berkongsi pengalaman.

“Saya tak beri rating buruk atau buat aduan pun. Cuma saya tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku, ada yang kata tu cecair polish seat kereta dan bukannya sanitizer.

“Tak kira apa saja cecair pun pemandu sepatutnya perlu memastikan bau tidak kuat atau tempat duduk kering sebelum mengambil penumpang seterusnya.

“Ini bukan soal naik (e-hailing) jenis bajet atau premium, tapi lebih tentang memberi keselesaan kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan sepanjang perjalanan,” kata wanita yang merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata.


Menurut Rayyan yang juga merupakan pengurus kafe dan perunding psikologi, dia masih tidak terganggu dengan situasi yang dialaminya itu sehingga kini.

“Ada orang kata kenapa masih nak naik kalau tak tahan? Mungkin salah saya sebab ketika itu saya dalam keadaan tergesa-gesa atas urusan kerja, jadi saya tiada pilihan.

“Mungkin juga ada kaitan dengan penumpang kena Covid-19, atau dia memang bersikap begitu. Apa yang berlaku pada hari kejadian masih menjadi tanda tanya,” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan nasib yang menimpanya dan ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan pemandu e-hailing yang paranoid dengan virus-virus penyakit yang semakin merebak kini.

Antara komen netizen:

“Ini driver takut mati punya..saya pemandu grab pun x tahap mcm tu 😂”

“pnh jgk naik grab hbis dia balut dgn plastik yg basah dgn sanitizer 😆🤣”

Video yang tular:

@rayyanmotivasi Assalamualaikum, sy terpaksa post lagi sekali kat tiktok sy. Disebabkan video ni sy x pakai masak naik grab, org dok komen2 kat IG cakap (tanya mask, tanya mask) mask tu sy dah bukak sbb x boleh bernafas sebab bau chemical tu kuat sngt smpaikan sy x boleh bercakap dan trpakse hirup udara dari tingkap. Harap x undang salah faham dan untuk pemandu ni sy maafkan sbb dia bagi bukak tingkap tapi klau boleh nak sembur bagila dia kering dlu dan biarkan bau tu hilang dlu baru amek pasengger. 😅 Jgn kecam2 tau. Untuk sekdar story in my life sahaja. #fyp #fypシ ♬ original sound – Rayyanstyles