Baru Hari Pertama Dah Kena Scam! Pelanggan Luah Rasa Kecewa Beli Roti John Untuk Berbuka Tapi Inti Sos & Mayonis Saja

Sudah masuk hari ketiga kita umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan yang mulia ini. Ramai juga kita lihat masih teruja ke bazar Ramadan.

Iospital phone repair gombak

Maklumlah, bila tengok saja IG story kawan-kawan ke bazar, mesti terliur dek warna-warni juadah berbuka yang dijual di sana.

Pun begitu, baru hari pertama puasa sudah ada yang berkongsi kisah sedih di mana telah di-scam oleh peniaga bazar!

Beberapa hari lepas, tular satu hantaran di Facebook daripada Muhammad Alif yang meluahkan kekecewaannya terhadap roti john yang dibeli.

Keadaan roti john itu dari luaran memang kelihatan menyelerakan, disaluti dengan telur yang banyak namun malangnya indah khabar dari rupa.

Yang membuatkan lelaki ini terkilan, rupa-rupanya isi roti john itu hanyalah sos dan mayonis semata-mata!

“Roti John inti sos/mayo”, ungkapnya kesal di ruangan kapsyen.

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-ratanya bersimpati terhadap nasib pelanggan ini yang ditipu oleh peniaga tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, mereka turut marah akan perbuatan tidak bermoral sesetengah peniaga yang hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook

“Mcm2 ragam bulan puasa ni.. Ramainya yg niaga x ikhlas.. X rasa serba salah ke..”

 

“Allahh…napa buat Gini…Cuba buat mcm biasa..daging n sayur penuh..sos secukopnya…bg penaik harga pun x apa..i.a. org akn repeat beli…nk berbuka tentulah nk yg istimewa..sedap n puashati….
🤔🤔

“Elok la d viral kn peniage mcm ni.. hrini dia tahu la kenape xde cust kedai dia🙃


 

“Tahun ni aku boikot roti John bazar Ramadan area berdekatan sbab rasa tertipu dgan seller 🤦🤦 Di katakn roti John ayam tapi bila makan , takda rasa ayam pun tapi lebih kepada rasa telur ja . Yg gempaknya cheese + mayonis meleleh ja . Haishh !”

 

“saya pernah order roti john daging, tapi dpt mcm gmbr kat atas tu. RM11. Sejak tu tak beli dh mana² roti john dkt bazar ramadhan 😅

 

“Sy syorkan ambil gmbr kedai siap2 ape yg korang beli bila berlakunya ape2 yg x puas hati senang share kedainya sekali”