Baru Berusia 19 Tahun, Tegar timang Cahaya Mata Pertama

Bergelar penyanyi pada usia yang muda sejak dari kanak-kanak, Tegar Septian dari Subang, Indonesia telah bergelar bapa.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Aku yang dulu bukanlah yang sekarang telah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya pada umur 19 tahun.

Mereka telah berkahwin pada 20 Mac lalu dan isterinya Sarah Sheilka, 23, telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

Minta do’a nya buat semua semoga tegar menjadi keluarga yang SAMAWA aminn @sarahsheilka

A post shared by T E G Δ R S E P T I Δ N ® (@tegar_official) on

Tegar ceria disamping bayi lelakinya

Berita gembira itu dikongsinya di Instagram Story menerusi perkongsian semula foto dimuat naik teman terdekatnya yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Menerusi foto berkenaan, penyanyi Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang itu kelihatan ceria di samping bayinya. Bagaimanapun, Tegar belum mengumumkan nama anaknya itu.

Penyanyi ini teruja timang cahaya mata pertama 

Keputusan penyanyi ini mahu mendirikan rumahtangga mengejutkan pelbagai pihak terutama peminatnya apabila memilih untuk berkahwin pada usia semuda itu.

Tidak lama selepas itu, dia kemudian mengumumkan isterinya hamil. Ternyata dia sangat teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

Ubah kehidupan keluarga  

Memetik laporan Harian Metro, Tegar melakar sejarah tersendiri kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.

Usaha kerasnya dalam nyanyian berjaya mengubah kehidupan keluarganya yang sebelumnya hidup miskin.

Walaubagaimanapun dia kemudian hidup miskin semula, manakala ibunya kembali menjadi pengemis jalanan selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan.

Tahniah kepada Tegar dan isteri dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka. Semoga ibu dan bayi diberikan kesihatan yang baik.