Barang Habis Rosak, Photographer ‘Sekolahkan’ Mak Ayah Biarkan Anak-Anak Buas Di Majlis Kenduri Raih Sokongan Ramai

Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan dan sudah pasti ramai yang ingin melakukan sehabis baik di majlis persandingan mereka.
Iospital phone repair gombak
Bagi photographer, sudah tentu ini detik-detik yang sangat istimewa untuk dirakamkan. Manakan tidak, kenangan sememangnya tiada tarikh luput jadi ini lah satu-satunya kenangan yang boleh dibawa hingga ke akhir usia.

Namun menjadi seorang photographer bukanlah satu perkara yang mudah dimana terdapat pelbagai rintangan dan cabaran.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang juga bekerja sebagai photographer berkongsi bagaimana rintangan itu hadir dalam bentuk kanak-kanak yang tidak mendengar kata.

Memetik laporan mStar, dia memaklumkan ketika sedang mengambil gambar di majlis resepsi perkahwinan, kanak-kanak tanpa pengawasan ibu bapa sering berkeliaran sehingga mengganggu fokus jurufoto.

“Benda ni memang normal bagi photographer bila shoot wedding. Bila ada majlis, mesti ada budak-budak kan. Jadi bila ada budak-budak ni kita jurufoto kena extra alert”

“Lagi-lagi dengan budak jenis yang tak boleh duduk diam. Lari sana sini, usik benda sana sini. Ibu bapa pula tengah bersembang dengan kawan-kawan tak tengok anak.”


“Kita jurufoto la yang kena tegur mereka ni tapi mereka bukan nak dengar pun. Dah jadi satu hal untuk kita,” ujar Raafik

“Budak-budak biasa la nak main, tapi yang jadi susah tu bila dia naik atas pelamin dan kacau shots kita. Pengantin tengah bersanding tu.”

“Bila kita larang mereka, lagi mereka nak buat. Kita ni nak buat kerja, kalau boleh biar la tak ada gangguan. Ni belum cerita lagi yang jenis suka usik dekorasi dekat pelamin tu.”

“Orang dah bayar kita untuk ambil gambar, kita mestilah nak berikan hasil yang terbaik tapi kalau ada budak kacau macam ni, susah sikit kerja kita,” ujar Raafik kecewa.

Raafik juga sempat berkongsikan salah satu kisahnya apabila kanak-kanak yang terlampau buas bermain sehingga merosakkan kelengkapan fotografi yang dibawanya.

“Budak-budak ni suka berlari dan berkejaran sana-sini sampai ada seorang ni dia langgar lighstand saya. Jatuh lighstand saya tu.”

“Nasib baik tak ada kerosakan teruk. Flash masih boleh pakai lagi waktu tu. Tapi tak lama lepas tu rosak juga, sampai dah masa dia.”

“Modal untuk beli yang baharu saya kena keluarkan dalam RM500 sehingga RM600 juga,” keluh Raafik terhadap kerugian yang dialaminya.

“Nasihat saya untuk ibu bapa di luar sana tu, bukan tak boleh bawa anak pergi majlis atau kenduri ni. Kami tak larang pun cuma kalau boleh bagi extra perhatian sikit dekat anak-anak tu.

“Lagi-lagi yang memang jenis tak boleh duduk diam. Bukan sahaja waktu dekat majlis, kalau kita pergi rumah orang pun kita kena behave sikit.

“Pantau anak-anak tu. Kita mudahkan urusan orang, orang akan mudahkan urusan kita,” ujar Raafik

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyokong kenyataan lelaki ini dan berharap penjagar di luar sana lebih peka terhadap tindakana anak-anak.

“Jangan nak bagi ayat cliche kau tak ada anak boleh la cakap macam tu. Anak sendiri, pandai la jaga,” ujar sebilangan warga maya seperti hilang sabar.

“Ada satu budak ni dia rosakkan semua gambar kahwin adik aku, spoil habis mood.”- Netizen

Video yang tular di laman Titter: