“Bangunan atas tanah orang” Isu Tahfiz Aaron Aziz Diroboh, Pemilik Tampil Beri Penjelasan

Seorang wanita tampil memberikan penjelasan mengenai isu pusat tahfiz dirobohkan di Pulau Langkawi, Kedah yang didakwa milik pelakon Datuk Aaron Aziz. Sebelum ini, Aaron meluahkan rasa sedih selepas pusat tahfiznya terpaksa dirobohkan namun tidak dijelaskan situasi sebenar yang terjadi. Ketika dihubungi Gempak, wanita bernama Fosiyah Md Din, 62, mendakwa tanah itu merupakan milik adik beradiknya [...]

Beberapa hari lepas, pelakon popular Aaron Aziz ada berkongsi tentang bangunan tahfiz miliknya di Langkawi telah dirobohkan.

“Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan….Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah (pls Jangan tanya kenapa. Anggap benda yg tak dapat kami kawal. Beyond my control) ”

Rentetan daripada isu tersebut, seorang wanita telah tampil memberikan penjelasan dan sebab bangunan tahfiz itu dirobohkan.

Menerusi laporan Gempak, wanita bernama Fosiyah Md Din, 62, memberitahu tanah itu merupakan milik adik beradiknya dan kini dalam proses untuk pembahagian supaya setiap seorang mendapat hak masing-masing.

Proses pecah bahagian

“Tanah tu dibahagikan kepada tujuh orang adik beradik. Kami dalam proses untuk pecah bahagian supaya dapat seorang satu geran.

“Kami dah buat pengukuran tanah. Bahagian abang saya untuk wakaf itu diberikan kepada pihak terbabit untuk dibuat tahfiz.

Bangunan dibina di atas jalan

Menurutnya, bangunan yang dirobohkan telah dibina di atas jalan dan permohonan mereka untuk mendapatkan geran tidak diluluskan.

“Bangunan itu sebenarnya sudah dibina atas jalan. Kami dapat surat dari pejabat tanah yang permohonan untuk mendapatkan geran tidak diluluskan sebab ada pembinaan yang dilakukan atas jalan.

“Saya dah bagitahu tiga kali dekat pihak terbabit untuk tidak melakukan apa-apa pembinaan atas jalan, tetapi mereka degil. Dah empat tahun kami memohon geran untuk pembahagian tanah tapi masih tidak diluluskan.

“Saya minta diruntuhkan kalau nak dapat geran untuk tanah yang diwakafkan itu. Kalau tak buat, memang tak dapat kelulusan daripada pejabat tanah,” dakwanya.

Bukan roboh keseluruhan

Menurut Fosiyah lagi, bukan keseluruhan tahfiz itu dirobohkan, tetapi hanya bangunan yang dibina atas jalan sahaja.

“Bangunan yang diruntuhkan hanya bahagian yang dibina atas jalan sahaja, bukan keseluruhannya.

“Bukan saya sendiri runtuhkan, tapi ia mengikut ukuran yang telah diberikan oleh pejabat tanah,” dakwanya lagi.

Tahfiz belum ada permit

Dalam pada itu, dakwa Fosiyah lagi, tanah itu milik abang sulungnya dan tahfiz itu masih belum ada permit.

“Kalau diikutkan tahfiz itu tidak sah. Tanah itu pemiliknya adalah abang saya yang sulung.

“Pada Rabu lalu, baru saya tahu bila keluar berita mengenai Aaron kesal kerana tahfiz dirobohkan. Ramai netizen yang kecam kami tanpa mengetahui cerita yang sebenar.

“Tahfiz itu tak ada permit. Geran tanah pun belum dapat sebab ada bangunan atas jalan.

“Geran yang yang ada sekarang terkandung nama kami semua tujuh adik beradik, geran yang tertulis atas nama setiap seorang masih tak dapat lagi.

“Tapi kami sebagai tuan tanah tak akan berundur. Bangunan itu dirobohkan untuk kami dapat geran. Kalau tak, sampai bila-bila pun kami tak dapat.

“Anak-anak kami nanti apa cerita? Kami semua dah tua, kenalah fikir masa depan pewaris kami,” katanya mengakhiri perbualan.

Tiada pihak yang bersalah

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Aaron Aziz menjelaskan beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak berkenaan isu tersebut.

“Saya tak nak orang dapat dosa sia sia. @journey_to_insyirah Kami akan bina semula ye. Tiada pihak mana mana yg Salah.

“Takde kena mengena dgn kerajaan atau politik atau apa apa…benda dah settle pun. Terima Kasih atas doa doa anda Dan sumbangan anda. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami Dunia akhirat.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on