Bagi Semangat Anak Masuk Darjah 1, Ibu Bapa Ini Siap Pakai Baju Sekolah Lengkap Raih Perhatian Ramai!

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh persekolahan bagi sesi 2023/2024 telah dibuka beberapa hari yang lalu bergantung pada kumpulan negeri masing-masing sama ada Kumpulan A atau B.

Iospital phone repair gombak

Bagi Kumpulan A, sesi persekolahan telah pun bermula pada 19 Mac yang lalu manakala bagi Kumpulan B telah bermula hari ini iaitu 20 Mac.

Kanak-kanak ini ada pelbagai ragamnya, lebih-lebih lagi apabila hari persekolahan pertama mereka.

Ada yang ceria dapat berjumpa rakan-rakan baharu, malah ada juga yang menangis yang rindukan ibu bapa mereka.

Bagi mengelakkan anak mereka bersemangat ke sekolah, sepasang ibu bapa ini turut berpakaian sekolah untuk menghantar anaknya itu telah mencuri perhatian ramai warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kosmoonline di laman TikTok itu, kelihatan ibu bapa kanak-kanak itu lengkap berpakaian sekolah dengan beg juga disandang di belakangnya.

Dapat dilihat, lokasi situasi tersebut berada di sebuah sekolah rendah kebangsaan.

Difahamkan, anak mereka itu dihantar untuk hari persekolahan pertama melangkah masuk Darjah 1.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya mencecah sebanyak 5870 tontonan, 365 tanda suka, dan 21 komen di laman platform sosial berkenaan.

Wah comelnya cara mak ayah ‘support’ anak-anak ke sekolah. Barulah anak-anak tidak ‘nervous’ nak ke sekolah!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat aksi sepasang ibu bapa itu yang sanggup berpakaian lengkap sekolah demi anak mereka yang tersayang itu untuk bersemangat ke sekolah.

Antara komen netizen:

“Ya Allah comel nyaaaaaa. maknya nangis tak tu 1st time hantar anak 😂”

“Anak sorg ok lg lahhh..boleh layan skli..klau ank 3,4 org tak sempat nk layan mcm ni..😅 😂”


“Comel betul cara dorg support anak 😭😭😭😭”

“omg comelnya.. such a supportive parents.. bestnya”

Video TikTok yang tular:

@kosmoonline

Ibu sama sama-sama berpakaian sekolah beri semangat untuk anak-anak melangkah ke darjah 1. Mohd. Fadzil Abu Naim, 41 dan Nurul Aini Mohd olwi, 41 menghantar anaknya, Muhammad ishraq aydan. 7 ke orientasi sekolah hari ini.

♬ School Bus – Official Sound Studio