Ayah Meninggal Dunia, Kucing Tak Keruan Cari Tuannya Siap Hidu Tempat Terakhir Arwah Terbaring

Kehilangan seseorang yang kita cintai apatah lagi ahli keluarga adalah sesuatu yang sangat sulit untuk ditelan namun sebagai hamba kita perlu menerima segala takdir dengan tabah.

Seperti yang kita tau, haiwan perliharaan merupakan haiwan yang sangat setia dan mengenang jasa tuannya. Jadi, jika tuannya tidak ada sehari, pasti akan mencari satu rumah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan situasi seekor kucing bernama Ciput yang tidak keruan setelah tidak menjumpai tuannya ketika dicari.

Difahamkan, Tuannya yang juga ayah kepada pengguna TikTok ini telahpun menghembuskan nafas terakhir pada 11 September 2022.

“Iput dah macam tak tentu arah dah ayah, dia cari mana ayah.. dia cari bau ayah.. lama Ciput berdiri je dekat situ.. dia bau ayah last terbaring dekat sini..” ujarnya


Menerusi video di TikTok @Ladymarsha, dapat juga kita lihat si bulus itu tercegat lama di satu ruangan di dalam rumah tersebut yang mana disitu tempat terakhir arwah terbaring.

“Saya nak minta tolong kepada semua sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah saya.. beliau kembali ke Rahmatullah semalam 11 Sept 2022” tambahnya lagi.

Dia juga sempat berkongsi rakaman pendek memaparkan arwah ayahnya sedang bermanja dan bermain dengan si bulus tersebut malah daripada situ dapat kita lihat keakraban kucing ini dengan tuannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat kucing tersebut yang masih merangkak memahami apa yang sedang terjadi bahkan ada juga yang akui rindu pada orang yang sudah meninggal dunia adalah rindu yang tidak berpenghujung.

Bukan itu sahaja, netizen juga menitipkan kata-kata semangat buat wanita ini agar terus kuat meniti kehidupan.

Antara komen warga maya:

“sis kena bagi iput baju arwah ayah sis.. atau sis buat macam mana ayah sis main dengan dia.. sebab takut dia kemurungan..”

“Saya yang takdekena mengena ni pun sedih sangat, apatah lagi awak, family dan ciput”


“Baru je lalu tengok ayah awak main dengan ciput harituuuuu”

“Keluar air mata jantan aku..”

Video yang tular di laman TikTok:

@ladymarsya Ya allah aku tak kuat . Mintak tolong korang sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah . #ayahnciput #ciputkhan ♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith