“Awie Copy Ori..” Gelagat Johan Raja Lawak ‘Miming’ Lagu Dipenjara Janji Undang Dekah Netizen

Nama Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Pelawak ini memang cukup terkenal dengan lawaknya yang sempoi dan bersahaja. Rambutnya kerintingnya itu juga sentiasa menarik perhatian ramai.

Terdahulu, dia pernah melakonkan watak sebagai Awie dalam Maharaja Lawak Mega namun siapa sangka sehingga kini masih ramai yang menyamakan pelawak itu dengan penyanyi Awie.

Terbaharu, tular sebuah video di platform TikTok apabila terlihat seorang individu yang seakan-akan Awie sedang menyanyi di atas pentas di acara jelajah Hot FM bertemu pendengar di Padang Kota Lama.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @man_tiger91 memaparkan Lan Solo serta Johan Raja Lawak yang sedang membawakan lagu Dipenjara Janji nyanyian kumpulan Wings.

Dari sisi tepi, gaya pelawak itu memang mirip dengan penyanyi Awie lebih-lebih lagi apabila dia ‘in-character’ dengan melepaskan rambutnya. Tidak lama kemudian, kelihatan Amir Masdi datang dari arah belakang menghampiri Johan. Rupa-rupanya Johan Raja Lawak sedang ‘miming’ dengan suara Amir Masdi!

Pun begitu, terdapat lagi sebuah video yang dimuat naik oleh @keen_ismail memaparkan situasi yang sama namun dari sisi yang lain. Jelas kelihatan Awie copy ori yang dilakonkan oleh Johan itu
lebih nampak menghiburkan dan mencuit hati dengan gelagatnya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga terhibur dengan Johan Raja Lawak yang sedang miming tapi masih menjiwai wataknya sebagai copy ari Awie. Bukan itu sahaja, mereka juga terpegun dengan gabungan suara penyanyi Amir Masdi dan Lan Solo yang sememangnya ‘padu’.

Antara komen warganet:

“Masa Johan start nyanyi tu aku macam ‘apasal suara amir masdi’ rupanya member kat belakang nyanyi layan copy ori..”

“Hahaha fokus kat johan jak..”

“Padu giler amir masdi bawak lagu ni..dari dulu lagi..”

“Aku risau johan tercekik rambut sendiri ja..”

“Serak amir macam ada suara latar backup tapi tu suara dia sorang je, suara bass..lan pun power suara nyaring giler..bergabung meletop!..”

Video yang tular di laman di TikTok:

@keen_ismail PENJARA JANJI | AMIR MASDI & LAN SOLO & JOHAN | PIKNIK HOTFM | PADANG KOTA #penjarajanji #penjarajanjiawie #amirmasdi #lansolo #padangkota #hotfm #fyp ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

@man_tiger91hahah tknmpak dh Lan solo dgn amir masdi..dok tgok awie copy ni ja..haha johan2😂..♬ original sound – abdul rahman mohmad

Sekadar info, ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 509.3k tontonan, 31.0k tanda suka, 268 komen, 1431 simpanan dan 316 perkongsian di TikTok.