[VIDEO] “Niat nak tutup aib dia yang dulu, tapi..” Patut Nikah Atikah Suhaime Ahad Ini, Awi Rafael Batalkan Majlis

Penyanyi, Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Ahad ini di Singapura secara tiba-tiba membatalkan majlis berkenaan.

Menerusi laman Instagram Awi Rafael pada Khamis memberitahu dia sudah mencuba yang terbaik terhadap bekas tunangnya serta keluarga untuk persediaan majlis tersebut.

Awi membuat keputusan untuk bertunang tahun lalu kerana berniat untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan membawa pelakon itu ke jalan kebenaran.

Walaubagaimanapun, Awi menganggap dugaan baru itu terlalu berat buatnya memandangkan dia masih mempunyai ibu serta perlu menjaga maruah keluarga.

“Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia dan Awi sekeluarga sudah pun bersedia untuk Ahad ni.

“Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakal dan terus tunang sejak tahun lalu.

“Niat di hati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru.”

“Namun Awi juga mempunyai ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahla, Awi pun tak ingin buka aib sesiapa,” katanya.

Awi Rafael dan Atikah Suhaime mengikat tali pertunangan di Singapura pada 17 Mac tahun lepas.

Walau apa pun, Awi Menganggap apa yang terjadi merupakan jawapan saat akhir untuk solat istikarah yang dilakukannya baru-baru ini.

Berikut adalah video pengumuman Awie berkenaan pembatalan majlis pernikahannya dengan Atikah Suhaime.

“Jodoh di tangan Tuhan dan mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa sokong dan sayang.

“Jangan risau saya akan bayar balik semua yang sudah membeli tiket penerbangan dan sebagainya. Terima kasih untuk hubungi saya.

“Kepada penaja untuk kad perkahwinan, kek dan makanan serta sebagainya, jangan risau saya akan hubungi anda juga. Kita boleh berikan kepada rumah kebajikan kanak-kanak,” ujarnya.

Atikah sebelum ini pernah terkait dengan penyebaran foto tidak senonoh.

“Awi harap semua teman akan faham.. Awi sudah coba buat yg terbaik utk dia & Awi sekeluarga sdh pun bersiap sedia utk Ahad ini.

“Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerna itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu.

“Namun.. Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini.. Awi harap kawan2 semua akan faham. Dahlah.. Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa.

“Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat2 akhir ini.

“TQ to all my friends tht hv been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that hv booked flights etc.. tq for calling me. To co-sponsors for e wedding.. cake & food etc, don’t worry i will call you too. We can give it to the children’s orphanage. –

“Kpd rakan2 media, TQ kerana selalu memberi support kpd Awi.. dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kpd dia, seperti yg kami semua dapat lihat sejak kami bertunang. –

“Namun utk Awi.. Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. Bismillah.”

Posting asal Awie Rafael di Instagram:

 

View this post on Instagram

 

Awi harap semua teman akan faham.. Awi sudah coba buat yg terbaik utk dia & Awi sekeluarga sdh pun bersiap sedia utk Ahad ini. Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerna itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu. – Namun.. Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini.. Awi harap kawan2 semua akan faham. Dahlah.. Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa. – Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat2 akhir ini. 🙏🏻 – TQ to all my friends tht hv been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that hv booked flights etc.. tq for calling me. To co-sponsors for e wedding.. cake & food etc, don’t worry i will call you too. We can give it to the children’s orphanage. – Kpd rakan2 media, TQ kerana selalu memberi support kpd Awi.. dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kpd dia, seperti yg kami semua dapat lihat sejak kami bertunang. – Namun utk Awi.. Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. 🙏🏻🙏🏻 Bismillah.

A post shared by Awi Rafael (@awirafael) on