Viral
“Awak telah merampas hidup anak saya” Lelaki Kecewa Anak Maut Jadi Mangsa Pemandu Tak Bertanggungjawab

Kehilangan cahaya mata tercinta sesungguhnya berat untuk diterima. Lagi-lagi bagi insan yang baru sahaja bergelar ibu bapa. Situasi ini pastinya meninggalkan bekas rindu yang mendalam.
Bagaimanapun, kita sebagai hambaNya harus percaya dan reda dengan takdir yang sudah ditetapkan. Malah yakin sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Persis kisah menyayat hati yang bakal dikongsikan kali ini. 19 Februari lalu, lelaki bernama Aizat Istamuel serta keluarganya telah terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Pasir Gudang.

Menurut bapa kepada seorang anak lelaki itu, kejadian berlaku pada jam sekitar 3.30-4.30pm. Susulan itu, dia kehilangan putera sulung, Gibran Alfarizqi manakala isterinya kritikal, patah di pelbagai anggota badan.
Kata Aizat lagi menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, dia terlihat sebuah kenderaan berwarna hitam memotong rapat dengan kereta dari arah bertentangan sehingga pemandu lain mengelak sebelum terbabas dan melanggarnya bersama kereta-kereta lain di belakang.
Aizat turut berharap kepada sesiapa yang memiliki dashcam, tampil kepadanya ataupun Balai Trafik Kota Tinggi sebagai bukti agar tindakan boleh diambil kepada pesalah.

"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

