“Auto sebak” Gelagat Lelaki Kongsi Rezeki Dengan Pakcik Penghantar Makanan Buat Ramai Terharu

Pada usia yang sudah lanjut, sememangnya ramai dikalangan individu lebih memilih untuk berehat di rumah bermain bersama-sama cucu dan meluangkan masa bersama anak-anak.
Iospital phone repair gombak
Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menghabiskan masa tuanya dengan menanam dan melakukan pekerjaan kampung.

Pun begitu, pada masa kini kehidupan semakin mencabar sehinggakan segelintir daripada mereka perlu melupakan perkara tersebut dan terus membanting tulang selagi sisa usia masih ada.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda berkongsi rezeki dengan seorang pakcik yang sedang bekerja sebagai penghantar makanan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mrbeast_malaysia, dapat kita lihat mereka berada di satu pusat membeli belah dan sedang menggunakan eskalator.

Kedua-dua mereka berada di arah bertentangan dan apa yang membuatkan pakcik itu terkejut adalah lelaki berkenaan melekatkan atau meletakkan duit bernilai RM50 di baju pak cik penghantar makanan ketika menaiki eskalator.


Terpinga dengan apa yang berlaku, pakcik tersebut bagaimana pun mengangkat tangan kepada Mr Beast tanda terima kasih atas pemberian itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap lelaki itu yang berkongsi rezeki dengan orang awam.

Bukan itu sahaja, netizen akui simpati dan sedih melihat nasib pakcik tersebut yang masih bekerja walaupun sudah lanjut usia.

Netizen mendoakan kedua-dua mereka dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan pintu rezeki.

Sekadar info, Mr Beast sering melakukan content membantu orang awam yang memerlukan atau memberikan sedekah kepada stranger.

Mr Beast turut mengatakan pakcik penghantar makanan tersebut mencarinya untuk mengucapkan terima kasih, namun Mr Beast lupa untuk merakam kejadian itu.

Antara komen warga maya:

“Mesti auto sebak bila tengok pakcik2 tua yang buat grab”

“Sedih pula.. pak cik patut diusia sebegini berehat sahaja…”


“Semoga dipermudah segala urusan pakcik.. pada memberi semoga yang baik2 berbalik semula kepada kamu”

“Jadi sedih saya tengok pakcik ni.. teringat ayah..”


Video yang tular di laman TikTok:

@mrbeast_malaysia #mrbeastmalaysia ♬ original sound – MrBeast Malaysia 500k 🐝🐝 – MrBeast Malaysia 700k❤️