“Asalkan sejuk” Bajet Pasang Aircond Cuma RM120, Lelaki Terkejut Tengok Hasil Kerja Kontraktor

Terdahulu pernah tular di media sosial dimana seorang lelaki berang apabila kompresor aircond yang sepatutnya berada di luar rumah telah pun dipasang di dalam rumah oleh seorang juruteknik.
Iospital phone repair gombak
Kelihatan tidak masuk akal, kompresor yang dipasang di dalam bilik itu digantung secara ‘back to back’ dan jelas tidak pernah dibuat dek orang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana turut melibatkan aircond mencuri perhatian ramai.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, dikatakan dia mengupah seorang kontraktor bagi pemasangan aircond.

Dapat kita lihat, lelaki tersebut bertanyakan tentang cas servis perkhidmatan untuk pemasangan aircond dirumahnya dan kontraktor tersebut turut memaklumkan harganya RM250.

Disebabkan kekurangan bajet, lelaki tersebut cuba melakukan tawar menawar dan menegaskan bahawa dia tidak kisah style pemasangan, asalkan aircond itu sejuk.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah, lelaki ini terkejut melihat gambar aircond yang dipasang satu sisi yang dihantar oleh kontraktor tersebut melalui applikasi Whatsapp.


Melihat sahaja pekara tersebut, lelaki ini bertanya adakah ianya benar-benar dapat berfungsi dengan baik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan pendapat masing-masing mengenai harga pemasangan aircond.

“Itu dah murah bang, biasa memang cas RM280 – RM350” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak dapat menahan ketawa melihat hasil yang dilakukan oleh kontraktor dengan harga bajet yang diberikan.

Antara komen warga maya:

“Asalkan sejuk”

“Saya nak pasang sama macam ni, boleh awak buat?”


“Kalau you nak bajet, macam ni lah hahahaa”


Perkongsian yang tular di laman Facebook:

 

Adoiii risau pula tengok kedudukan aircond tuuu.. kalau macam ni tak pasang pun takpe.. takut jatuh atas kepala pula dah satu hal hehehe