Arsenal telah menandatangani perjanjian kit baru dengan syarikat sukan dari Jerman, Adidas bermula pada Julai 2019, lapor Reuters.

Adidas akan mengambil alih tugas daripada Puma, di mana kontrak lima tahun dengan kelab utara London itu akan tamat pada akhir musim ini.

Media Britain melaporkan perjanjian yang bernilai 300 juta pound itu untuk lima tahun sehingga tahun 2024.

Perjanjian ini yang bernilai 60 juta pound per musim akan meletakkan Arsenal di tempat ketiga dalam perjanjian kit paling menguntungkan dalam bola sepak, di belakang kontrak Barcelona dengan syarikat Nike yang bernilai 140 juta dan Manchester United dengan Adidas yang bernilai 75 juta pound setahun.

Ia sekaligus menandakan berakhirnya kerjasama lima tahun di antara Arsenal dengan Puma selepas dua dekad bersama dengan Nike.

Arsenal pernah menyarungkan jersi tiga jalur Adidas dari tahun 1986 hingga 1994 di mana mereka mengangkat dua gelaran liga perdana.

Puma pula dilaporkan akan menjadi pembekal kit jersi untuk juara Liga Perdana iaitu  Manchester City dalam perjanjian bernilai 50 juta pound setahun dari musim 2019 hingga 2020.