Apple Tawar Harga Bateri Gantian iPhone Hanya RM129

Apple telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf baru-baru ini berkenan isu berkaitan dengan pengoptimasian telefon pintar untuk bateri lama.

Disebabkan itu, kini pihak Apple Malaysia turut berkongsi harga gantian semula bateri untuk pengguna tempatan.

Buat masa ini, menurut Apple harga sebenar penggantian bateri iPhone adalah RM369. Bagi harga promosi yang  ditawarkan bermula penghujung Januari 2018 sehingga penghujung 2018 kelak, Apple akan memberikan diskaun pada harga RM129 untuk tukar ganti bateri lama iPhone 6 ke atas.

Pihak Apple bakal berkongsi lanjut mengenai program ini melalui laman rasmi mereka pada lewat hari ini.