Selepas 30 tahun ternanti-nantikan piala berprestij EPL, akhirnya Liverpool telah berjaya muncul sebagai juara.

Liverpool dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris tanpa menendang bola selepas Chelsea menewaskan Manchester City 2-1 awal pagi tadi.

Skuad Jurgen Klopp mengesahkan gelaran ke-19 kelab dengan rekod baki tujuh perlawanan selepas City di tangga kedua ketinggalan 23 mata.

Liverpool hanya memerlukan dua mata untuk mengakhiri kemarau mereka selepas membelasah Crystal Palace 4-0 di Anfield, semalam.

Selepas kemenangan ke-28 daripada 31 perlawanan musim ini, bintang Liverpool, Mohamed Salah menegaskan ‘sekarang detik untuk kami menjuarai liga’ dan 24 jam kemudian hajatnya tercapai.

Liverpool mendapat apa yang diimpikan selama ini daripada Chelsea di Stamford Bridge.

Penantian pasukan tersebut menjuarai liga itu telah membuatkan media sosial pada hari ini kecoh dengan pelbagai reaksi-reaksi daripada kalangan peminat Liverpool.

Sebagaimana yang diketahui, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, merupakan salah seorang peminat Liverpool.

Seorang pengguna Twitter telah bertanyakan kepadanya berkenaan perasaannya apabila pasukan kegemarannya itu menjuarai liga tersebut.

“@drzul_albakri assalamualaikum dr zul. Apa rasanya perasaan dr zul bila liverpool akhirnya champion?”

Jawapan mesra yang dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah membuatkan ramai netizen terhibur.

“Sy mmg sokong mu, merase la bbrpe kali clbrte wlaupn tgk kat mamak je, cuma hri ni suka la bila mmbr sebaya sy dri zmn skolh mngh, msuk u, da keje, kawin, ank 1,meraikn ape yg die nk selama ni trcapai,kesetiaan tu mahal,”


“kami bukan champion pertama kali ya & bukan buat kali terakhir. Kami buat sejarah baru. club paling awal menang EPL berbaki 7 matches lagi. Kejayaan kita lebih dari club lain2. tengok je gambar ni. Usaha yg berbaloi.”

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.