“Another level” Gelagat Wanita Kongsi Rutin Kemas Rumah Bila Suami T20 Balik Undang Dekah Ramai!

Bagi setiap insan yang bergelar isteri terutamanya suri rumah sepenuh masa, pasti mereka mengimpikan kelengkapan rumah yang canggih dan memudahkan mereka untuk melakukan tugasan harian.
Iospital phone repair gombak
Bagaimanapun, harga peralatan tersebut tidaklah murah sehinggakan ada sesetengah barangan elektronik yang dikatakan sesuai digunakan untuk orang yang berpendapatan tinggi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita melakonkan situasi bagaimana dia mengemas rumah apabila berkahwin dengan ‘suami T20’ telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @biomedico_my itu, kelihatan pada awalnya wanitabtersebut sedang bersantai baring di atas sofa sambil menonton televisyen.

Tapi apa yang kelakar adalah dia melakonkan bagaimana kehidupan sehariannya berkahwin dengan suami T20.

Dia menyiapkan tugasan rumah hanya dengan beberapa saat sahaja dengan menggunakan kreativiti yang kononnya semua peralatan di dalam rumahnya adalah canggih!



Dapat kita lihat, dia membuka almari dengan menggunakan kalkulator yang dijadikan remote, meletakkan beberapa butir nasi di dalam periuk dan terus menjadi buah tembikai yang dipotong, memasukkan pakaian dalam mesin basuh dan bila dibuka, pakaian sudah siap terlipat di dalam mesin tersebut serta bermacam-macam lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat wanita ini mah ada yang berseloroh mengatakan mungkin dia bosan duduk di rumah dan adakalanya memerlukan hiburan.

“Mana beg kuning? Nak beli mesin basuh siap lipat baju tu. Remote tu smart haha” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat meninggalkan komen lucu mencari ‘beg kuning’ kerana turut ingin membeli kelengkapan tersebut bagi memudahkan kerja harian.

Antara komen warga maya:

“Almari dia boleh tutup pakai calculator”

“Mesin basuh beli mana? saya nak beli sekali.. barang rare tu..”

“Mana beli pokok duit tu..”

“Ayam dari freezer, masuk dalam oven auto jadi rendang”

“Lurve teruk”

“Nak beli jugak, share link”


Video yang tular di laman TikTok:

@biomedico_myBila suami T20 otw balik rumah #supersmarthome #biomedicomalaysia #biomedico_my #forfunonly

♬ original sound – Biomedico_my