“Allah..Saya panggil panggil nama dia berulang kali” PU Amin Kongsi Saat Isteri Melahirkan Anak

PU Amin telah berkongsi khabar gembira hari ini apabila beliau menimang cahaya mata yang ketiga.

Puterinya itu telah selamat dilahirkan jam  5 pagi tadi di sebuah hospital. Berikut adalah perkongsian PU Amin.

______

Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..

Pagi tadi saya sampai rumah dari Ipoh ( Ceramah di sana ) jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut , jam 4 pagi di Hospital .

Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..

Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi..

Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami..

Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan..

Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung..

Bagi kawan kawan yang belum dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat . Percayalah pasti ada..

Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini.. . Pagi tadi saya sampai rumah dari Ipoh ( Ceramah di sana ) jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut , jam 4 pagi di Hospital . Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi.. . Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. . Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.. . Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. . Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.. . Bagi kawan kawan yang belum dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat . Percayalah pasti ada.. . Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar . ❤️🙂

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on