“Semoga beliau jumpa pasangan yang betul2 memahami” Alha Alfa Perjelas Punca Berpisah Dengan Isteri

Usahawan kosmetik terkenal Dato’ Alha Alfa memuat naik satu perkongsian yang mengejutkan semua.

Beliau memberitahu bahawa dirinya kini yang sudah sah bercerai dengan bekas isterinya,Noor Azlin Ismail, 23.

Difahamkan sekitar 6 bulan lalu, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 28 September 2019.

Luahan hati Dato’ Alha Alfa

Menerusi satu perkongsian yang dimuat di laman Instagram miliknya, usahawan kosmetik ini turut menjelaskan apa yang telah terjadi antara mereka.

“Assalamualikum sahabat-sahabat kaum keluarga,follower-follower semua dan salam israk mi’raj”.

“Setelah saya cuba sembunyikan perkara ni, harini ada hamba Allah yang menulis dan menyebar berita ini”. 

Mungkin ini juga salah satu jalan untuk Allah buka ruang

“Mungkin juga ini salah satu jln ALLAH ingin membuka ruang dan jalan untuk kami masing-masing”ujarnya.

Menurut beliau lagi, sebelum beliau membuat seabrang kenyataan berhubung perkara ini beliau sudah meminta persetujuan dari bekas isterinya terlebih dahulu.

 “Saya sebolehnya ingin berdiam diri dan tak nak besar-besarkan hal ini supaya aib kedua-duanya terjaga, tapi mungkin juga ini ujian berat dalam hidup saya”.

“Pertama sekali saya sudahpun meminta izin ex-wife saya untuk bertulis mengenai ini dan kami sama-sama akan menghabiskan semua ni secara damai dan harap tiada pihak yang akan mengeruhkan lagi”.

Terima kasih kerana membahagiakan saya sepanjang hidup bersama

Dato Alha Alfa turut menjelaskan beliau tidak mahu membesarkan hal ini tetapi beliau perlu menjelaskan perkara ini.

Walaupun perkara itu pahit untuk ditelan, namun Dato’ Alha Alfa redha dengan apa yang telah terjadi .

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya kerana membahagiakan hidupnya selama mereka bersama.

 

View this post on Instagram

 

happyyyy birthdayyyyyy abgku @ezal_ezlizan !!! yg ke berapa tu xpenting sbb biar die rasa muda sentiasa walaupun dah cukup2 la tu rasa muda tu..cepat2 menikah 🤗🤪 ape pun terima kasih atas segala jasa dr zaman i ni xde rumah xde keta pinjam keta u g makeup..smpi now kite kat sini alhamdulillah..syukur atas segala nikmat..terima kasih sbb selalu bg makan sedap2 bg nasihat yg bagus2 dan xterkatalah nak ungkap dgn mulut..semoga hari yg mendatang membawa sejuta tuah dan kebahagiaan yg tiada penghujungnye..rezeki sebanyak titisan hujan dan seluas laut yg tiada keringnye..sentiasa sehat dan sentiasa buat kebajikan dan kebaikan okeh~ happy birthdayyy!! 🎂🎂🍰🍰🍰🍩🍩🍰🍰🍬🍬🎉🎉🎊🎈🎈🎈

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

 “Saya amat berterima kasih kepada bekas isteri saya, telah membahagiakan saya setengah tahun bersama”.

Mungkin masa saya sangat terhad

“Mungkin kerana beliau muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya sangat terhad.

“Saya kawin dalam masa business saya sedang naik, banyak masa dan keringat saya kumpul keselesaan dimasa tua nanti bersamanya terhenti disini”.

Menurut beliau, mungkin kerana waktu yang terhad dapat diluangkan ekoran kekangan kerja antara faktor mendorong perkara ini terjadi.

“Mungkin terlalu banyak shooting,keje luar, dan lain-lain lagi buatkan beliau xboleh terima kerjaya saya.

 “Benda ini akan mnjadi persilisihan faham bila saya nak ke kerja, saya risau nak keluar umah untuk keje,saya hampir hilang diri saya”.

Saya cuba letak diri saya dalam keadaan beliau

“Mungkin sebelum kawen beliau boleh terima pekerjaan saya, kehidupan saya, title saya, tetapi bila kehidupan bersama, akan sentiasa rasa cemburu n tidak puas hati tu.

“Sumpah,saya faham dan cuba letak diri dalam keadaan beliau, siapa saya untuk memaksa beliau memahami saya”. 

 Ajal, jodoh dan pertemuan ditangan tuhan. Siapa kita mahu menolak takdir yang telah terjadi.

Beliau turut berkongsi kisah sedih mereka berdua apabila bekas isterinya pernah keguguran sebelum ini.

Bekas isteri keguguran mungkin belum rezeki 

“Kehidupan kami normal macam biasa dan haritu saya pun dah nak jadi ayah tapi keguguran mungkin belum rezeki”.

“Saya lepaskan beliau sebaiknya. Saya tidak boleh berhenti bekerja dalam bidang saya, ini mata pencarian saya, company saya, staff2 saya,kalau saya kalah dan semuanya habis”

“Tidak mengapa isteriku, smoga beliau jumpa psangan yang betul-betul memahami kehendaknya maafkan saya kerana gagal mengemudi bahtera ini ke syurga”.

Saya kena terus kuat menempuh ujian Allah

“Saya kene terus kuat mnempuh ujian ALLAH ini, biarlah ape yang blaku sekali pun.Saya berniat honeymoon ke MAKKAH tapi tak sampai  kerana covid-19”. 

Kami doakan semoga Dato’ Alha Alfa dan bekas isteri kuat dan tabah mengharungi dugaan yang mereka lalui ini.