“Aku pun seram tengok” Isu Rehal Bangunan DBP Nak Dirobohkan, Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya

Kecoh di media sosial terutamanya Facebook mengenai penularan satu isu tentang kelulusan projek untuk merobohkan binaan rehal buku di atas Bangunan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Ramai netizen mempersoalkan keputusan yang dilakukan itu kerana memusnahkan binaan yang sekian lama menjadi ikon DBP.

Malah ada juga yang mengaitkannya dengan isu politik dengan menyalahkan kerajaan yang tidak peka.

Rentetan daripada itu, seorang pengguna Twitter yang mendakwa dirinya jurutera serta terlibat dalam pengawasan binaan tersebut telah membuka mulut.

Beliau mendedahkan keadaan sebenar struktur bangunan tersebut yang sangat teruk dan memerlukan perhatian segera.

Malah menurutnya, ia hanya menungggu masa untuk roboh sehinggakan membuat dirinya seram sejuk ketika membuat inspection.

“Tunggu masa nak roboh je rehal ni. Aku nak buat inspection hari tu seram sejuk.”

Gambar yang disertakannya menunjukkan betapa binaan itu kini dalam keadaan berkarat dan seperti menunggu masa saja untuk roboh.

Keadaan yang merisaukan!

Tambahnya lagi, JKR sebelum ini pernah meletakkan tension cable untuk menyokong struktur rehal tersebut.

Walaubagaimanapun ianya terlalu tegang dan membahayakan serta tiada lagi penyelesaian yang boleh dilakukan selain perlu dibuang.

“Untuk gambaran lebih jelas. Pihak JKR dah pernah letak tension cable untuk support truss structure TETAPI telah tegang dan BAHAYA. Tiada rectification method yang boleh dibuat melainkan buang kesemuanya.”


 

Menjawab isu tersebut, pihak DBP akhirnya telah mengeluarkan satu kenyataan media  untuk menjawab segala persoalan dan juga memaklumkan sebab kenapa keputusan itu dilaksanakan.

Diharapkan keputusan ini tepat dan dapat menggantikan ikon DBP dengan replika yang lebih menarik.