Akibat 9 Bulan Tengok Sticker Whatsapp Bayi Popular, Sekali Dapat Baby ‘Korea Celup’ Buat Netizen Geram!

Rancak berbual di aplikasi Whatsapp, pasti sesekali kita menerima sticker gambar bayi popular bernama Baby Rohee yang popular dengan kecomelannya.

Iospital phone repair gombak

Bayi popular Rohee ini berasal dari Korea Selatan dan sebelumnya tular secara tiba-tiba selepas ibunya memuat naik 1001 gambarnya di media sosial.

Apa yang mencuri perhatian ramai baru-baru ini adalah apabila seorang bayi selamat dilahirkan bernama Ayra, yang rupanya persis seperti wajah Baby Rohee.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aenaisya yang dipercayai ibunya itu, dapat dilihat Ayra memiliki mata yang agak sepet dan kulitnya putih gebu.

Ibunya itu sempat lagi berseloroh anaknya itu tak tumpah seperti ‘Korea Celup’.

Ibunya turut menyatakan sebelum melahirkan Ayra, 9 bulan mengandung dia sering meluangkan masa melihat si comel Baby Rohee ini.

Setelah selamat melahirkan, akhirnya keluarlah si kecil Ayra yang dikatakan ‘terkenan’ dengan bayi popular tersebut.

“9 bulan pregnant. Hari hari duk tengok budak korea ni.

“Keluar seketul terkenan muka budak emoji,” tulisnya di kapsyen video tersebut.

Susulan video TikTok anaknya itu tular, ramai warganet yang meminta sticker Whatsapp Ayra pula dibuat sebagaimana Baby Rohee tular sebelum ini.


Min tengok pun geram, ish comel betul Baby Ayra ni!

Menjengah di ruangan komen, video-video Ayra yang tular itu menerima pelbagai komen yang positif dan turut berasa geram dengan kecomelannya itu.

Antara komen netizen:

“Wuishhh sebiji wey muka tudgn rambut pun sama”

“kuih pau nie bergerak laa..shoppe ada jual ke?”

“Comelnyaaa… geram rsa nak cubit2 pipi pau tu… ”

“Aloooo comel sangat ni. Ada rezeki baby gurl nanti boleh la tgk kot kenan ke ”

Video TikTok yang tular:

@aenaisya Save sini #ayra #1year #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #babycantik #fypdongggggggg ♬ original sound – Aenaisya

@aenaisya Replying to @aina Okay dah ada, satu keping rm10hinggit tauuu . #ayra #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage ♬ Infone masehh_Kiky RMX – MEDINE YULIA OFFICIAL

@aenaisya Penghiburku ❤️‍#foryoupage #fypツ ♬ original sound – ❤︎HanyaPadaMuYaAllah❤︎ – ❤︎ⓉⓗⒺsɪᴋᴇᴍᴇᵗᵒᵗ❤︎

@aenaisya Thankyouuu semuaaaa #ayra #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Semoga Engkau Bahagia – Ziell Ferdian