“Ajak bergurau” Tengah Rakam Anak Main Bakul Kain, Tiba-Tiba Ada Benda Kacau Buat Netizen Seram!

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.

Iospital phone repair gombak

Sering kali kita dengar, ada yang berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terakam satu perkarag aneh ketika anaknya sedang menarik salah satu pakaian di dalam bekas mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadyra.balqis, dapat kita lihat anaknya sedang bermain di sebuah bakul kain sambil dirakam ibunya.

Namun situasi mula bertukar seram apabila sehelai baju di dalam bakul itu tiba-tiba ditarik oleh sesuatu dari dalam.

Bila di zoom, memang nampak ada benda yang menarik baju dari tangan anaknya dan setelah dibuka penutup, baju berada dalam keadaan rapi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meremang bulu roma melihat baju tersebut tertarik sendiri seperti ada sesuatu yang mengusik.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing dimana anak diganggu oleh makhluk halus.

Antara komen warga maya:

“btl la org kata ada jin suka duk kt kain baju tp yg tak berlipat😳”

“tutup box tu ketat² sis..biar “dia” duduk dlm tu xbleh kluar..🥲🥲”


“Saya hari tu mainan anak bunyi sendiri. Bila buka kotak mainan, tiba2 anak gelak sorang2 dlm bilik mcm ada yg main dgn dia padahal masa tu dia tidur”

“haah betul macam ditarik!! kalau ditolak kain tu akan berkedut tapi ni dia jadi lurus! 😱👻”

“weyyy😳😳 xmeremang ke babe”

“die ckp “ishh penat aku lipat.kenapa ko teraburkn balik!” 😁”

Video yang tular di laman TikTok:

@nadyra.balqis Real depan mata , ishh ajak bergurau plak 😓 #fyp #fypシ #masukberanda #fypdongggggggg ♬ original sound – heyy