AirAsia Malaysia dan AirAsia X Dinobat Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik

AirlineRatings.com, laman web penarafan dan keselamatan produk global telah menamakan AirAsia Malaysia dan AirAsia X sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia Pasifik.

Dalam satu kenyataan, Airline Ratings berkata Westjet (benua Amerika) dan Wizz (Eropah) turut diiktiraf sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik.

Anugerah bagi Syarikat Penerbangan Terbaik 2019 pula dimiliki oleh Singapore Airlines dimana ia telah menerajui pasaran dalam perkhidmatan semasa penerbangan, menyediakan model-model pesawat terbaru seperti A350 dan 787-10, hiasan dalaman yang dipertingkatkan, pelancaran penerbangan tanpa henti dari Singapura ke New York serta keselamatan operasinya.

Ketua Pengarang AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas berkata:

“Dalam analisis objektif kami, Singapore Airlines muncul sebagai juara dalam banyak kriteria audit kami, ia mencerminkan prestasi cemerlang.”

Anugerah kecemerlangan syarikat penerbangan tersebut, diadili oleh tujuh editor dengan gabungan pengalaman selama 200 tahun dalam industri, merangkumi audit kerajaan serta keselamatan dengan 12 kriteria utama termasuk usia pesawat dalam armada, keuntungan penumpang , penarafan pelaburan, tawaran produk dan hubungan dengan kakitangan.

Turut disenaraikan ialah Air New Zealand yang menang sebagai Ekonomi Premium Terbaik dan Syarikat Penerbangan Pasifik Terbaik, Qatar Airways menerima pengiktirafan dalam Katering Terbaik dan Kelas Perniagaan Terbaik, Qantas pula memenangi Perkhidmatan Penerbangan Domestik Terbaik dan Lounge Terbaik.

AirlineRatings.com juga telah menamakan Sepuluh Syarikat Penerbangan Terbaik 2018 iaitu Singapore Airlines, Air New Zealand, Qantas, Qatar Airways, Virgin Australia, Emirates, All Nippon Airways, EVA Air, Cathay Pacific Airways dan Japan Airlines.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Maklumat lanjut di AirlineRatings[/su_note]