Agong Tepuk Dahi Kena ‘Prank’ Dengan Rakyat, Beri Bantuan Minta Tukar Warna Rambut Tapi Rupa-Rupanya..

Seperti yang kita sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya dikenali dan disayangi ramai kerana sifatnya yang mesra dengan rakyat.

Iospital phone repair gombak

Walaupun berstatus tinggi, baginda yang berjiwa rakyat ini tetap tampil datang beramah mesra dengan warga masyarakat telah meraih perhatian warga maya.

Menerusi video yang tular di laman TikTok @wanyoshiki itu, kelihatan baginda sedang berbual dengan orang ramai sambil memberikan sumbangan kepada mereka.

Difahamkan, Sultan Abdullah telah tertarik dengan seorang pemuda yang dapat dilihat rambutnya berwarna perang kelabu.

“Ini untuk awak. Color rambut balik,” titah baginda sambil menghulurkan sekeping sampul kepada pemuda tersebut.

Dapat dilihat baginda memberikan sampul berisi wang itu dengan menitipkan pesan buat lelaki itu agar menukar kembali rambut asalnya kepada warna hitam.

Kemudian, lelaki itu bergerak mendekati Sultan Abdullah untuk ‘selfie’ bersama-sama sebelum menanggalkan topi rambut palsunya itu yang kebiasaannya dipakai oleh para ‘cosplayer’.

“Rambut betul ke ni? Topi! Saya kena tipu la. Bagi duit untuk potong rambut… Allahuakhbar. Cuba cabut tu,” baginda bertitah sambil menepuk dahinya sendiri.

Susulan itu, Sultan Abdullah menitahkan untuk mengambil gambar bersama dengan pemuda tersebut buat kali kedua.

Bukan baginda sahaja, malah orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut turut terhibur sama.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 84.9K tontonan, 6276 tanda suka, dan 473 komen di laman platform sosial tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pujian terhadap Agong kerana sifatnya yang merendah diri dengan rakyat.

Malah, ada juga yang turut terhibur menyaksikan insiden tersebut.

Antara komen netizen:

“Hahaha… Berulang kali ulang vtt ni 🤣. Sempoi. Koi bangga jd org pahang 🤭🤣🤣🤣…”


“hahahahha…kelakar lah😁😁😁tp comell plak tgk tuanku tepuk dahi🤭🤭🤭🤭mashaallah…terhibur tgk😁😁😁✌️✌️👍👍👍”

“terbaek agong pun…. allahuakhbar 😂😂bgi duit suh potong rambut😂😂😂😂😂kena prank dgn rakyat..”

“Tuanku kena scam dgn abg botak 😂😂😂😂 berani abg botak tu eahh 😂😂😂😂”

Video TikTok yang tular:

@wanyoshiki

♬ Mutiara – Bonus Track – Mutiara