Adik Sakan Menari TikTok, Sekali Si Abang Bawa Sejadah Siap Laung Azan Buat Ramai Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu menambah seri pada keluarga tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga seakan menjadi penghibur dengan lawak ‘random’nya.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, ada sahaja yang hendak dilakukan untuk membuatkan kita ketawa. Mudah kata, boleh hilang penat seharian bekerja melayan gelagat mereka.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita sempat merakam gelagat dua beradik mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rabbiatul_rodzi, kelihatan seorang budak perempuan sedang syok menari lagu TikTok sambil gelagatnya dirakam.

Namun apa yang menarik tumpuan ramai adalah apabila abang budak perempuan itu dilihat datang ke belakangnya sambil membawa sejadah. Dia selamba membentangkan sejadah sambil melaungkan azan tanda ingin solat.


Lebih menghiburkan, si adik terus menari walaupun azan telah dilaungkan dengan kuat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kedua-dua mereka malah sempat berseloroh mengatakan itu merupakan ‘cara halus’ si abang untuk buat adik berhenti menari.

“Cara halus nak stopkan adik dari terus menari” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang meninggalkan komen lucu dengan mengatakan mungkin perlu diazankan di telinga baru dia berhenti menari.

Antara komen warga maya:

“Hahaha adik kenapa tak menggelupor kena azan”

“Hahaha comel siap hai abang dia.. sekali kena azan tak insaf2”


“Kalau aku kat situ berdekah dah macam mana mak dia boleh tahan”

“Abang kena azan dekat sikit kat telinga adik”

“Kuat betuliman si abang tak ikut menari sekali.. okay cop calon menantu.”

“Hahahaaha abang tak support adik”


Video yang tular di laman TikTok:

@rabbiatul_rodzi Bila adik & abg perangai xsama 😑 #fypシ #adikabang ♬ Oh no Oh No (Cover) – Leasis

Halus betul cara si abang perli adik, macam mana la mak dia boleh tahan gelak, kalau min tu confirm dah berdekah hahaha