Dijaga Rumah Sama Dengan Bella, Kematian Baby Adam Dipersoal Oleh Netizen Ini

Sejak dari beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita seorang anak yang menghidap sindrom down didera di sebuah rumah jagaan.

Ramai netizen yang menyuarakan rasa simpati terhadap nasib yang dialami oleh kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Bella.

Terbaru, menerusi muat naik seorang pengguna Facebook, Fdaus Ahmad telah berkongsi satu kejadian yang berlaku pada tahun lepas di rumah jagaan yang sama.

“Kematian Bayi Dari Rumah Yang Sedang Viral, 3 Mei 2020. Sebenarnya, pada Mei 2020 masa orang tengah kalut dengan PKP berlaku satu kematian tragis melibatkan bayi jagaan Rumah Yang Sedang Viral (RYSV)

“Kematian sorang bayi berumur 10 bulan bernama Adam. Adam seorang bayi SD. Adam ni perlukan penjagaan rapi dan teliti sebab dia ni special, susu kena bagi minum on time elok elok.

“Dan bila kita bercakap pasal Rumah Yang Sedang Viral ni, siapa lagi yang sepatutnya kita rujuk untuk dapatkan keterangan?

“Rumah Yang Sedang Viral mengatakan kematian Adam adalah tiba tiba, kalau tiba tiba maka kita perlu dapatkan laporan post mortem hospital.

“Dengan timbul isu Bella, kematian tragis Adam tahun lepas muncul semula menjadi teka teki. Adam yang gemuk, tiba tiba jadi kurus dan sakit.

“Penderaan Bella, boleh menimbulkan syak kepada kita – bahawa kematian Adam berpotensi terjadi akibat PENGABAIAN!

“Sudah ada kematian tetapi kita yang tak tahu apa telah terjadi. Sebab masa tu tiada siapa memberi syak wasangka.

“Tapi sekarang, lepas Bella memberitahu kita yang penjagaan Rumah Yang Sedang Viral ni ada unsur penderaan, maka ada asas dan lokus standi yang kukuh – untuk kita semua mempersoalkan kematian baby Adam!

“Kami minta, pihak polis bertindak segera dan menyiasat perkara ini sehabisnya, jangan bersisa.Dapatkan semula laporan post mortem arwah Adam, siasat!”

Gambar 1 Baby Adam ketika normal

Gambar 2 Baby Adam beberapa hari sebelum kematian

Gambar 3 Jenazah Adam dikafan


Gambar 4 Jenazah Adam dikebumi

Menerusi carian penulis YOY Network, Syed Azmi sebelum ini pernah memuat naik perkongsian mengenai seorang bayi bernama Adam yang menghidap sindrom down.

“Kes Rumah Bonda: Adam. Ringkasan kes: Mak dia active drug. kadang anak tak susu sebab mak high. nenek yg jaga. nenek sorang kerja nak tanggung anak anak dia. last last nenek dengan mak datang Rumah Bonda drop adam and go. masa tu adam dah teruk juga. mak dia tak jaga sangat sebab mak amik drug, boyfriend pun amik drug tp dah kena hanta balik indon sebab pati.

“Jangan kutuk mak dia sebab at least dia hantar sini. Lagi baik dari buang mana-mana. Dan DIA TETAP MAK ADAM.

“The baby setakat ini: 10 months old. Birth weight 1.9kg. Current Weight 3.3kg. Downsyndrome baby with stoma.

“Sorry if anyone think gambar tak sopan. We are trying our best. Duduk di Rumah Bonda dalam 4 bulan. Semua check up up to date.

“NGO ramai yang datang nak bantu juga. Tq. Doktor mintak sampai bayi sihat baru boleh transfer rumah lain. For now dalam Rumah Bonda.

BACA: Syed Azmi Risau Suspek Kes Bella Murung & Emosi Terganggu Kalau Kena ‘Push Kuat’

“Kami semalam decide nak hire private nurse just nak jaga Adam di Rumah Bonda sebab kes kami makin ramai, pregnant girl buta lah, yang JKMlah yang nak abort lah. So we need help. But specialised help.”