“Ada penapis air guna tulang khinzir” Pemuda Cina Ini Dipuji Berkongsi Ilmu Tentang Penapis Air Halal

Seperti yang kita tahu, umat Islam amat menitikberatkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan halal dan haram.

Bukan sahaja dari segi pemakanan, namun barang-barang yang digunakan seharian juga penting kita ambil tahu dari mana asal usul buatannya demi mengelakkan syubhah atau was-was.

Baru-baru ini seorang pemuda berbangsa Cina di TikTok telah berkongsi tentang kepentingan memilih penapis air yang mempunyai sijil Halal.

Katanya, penapis air yang mempunyai sijil Halal adalah Assign of Quality kerana kebanyakan kilang penapis air hanya mengaut keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan kebersihan dan kualiti barang tersebut.

Oleh kerana mahu menjimatkan kos pengeluaran, karbon yang ada pada bahagian tengah-tengah penapis air diperbuat daripada tulang haiwan termasuk tulang babi ataupun khinzir di mana haiwan tersebut haram dalam agama Islam.

Manakala selaput tengah penapis air juga boleh diperbuat daripada bulu haiwan.

Yang lebih mengejutkan netizen di TikTok adalah apabila pemuda tersebut berkongsi sekeping akhbar yang menyatakan sudah ada 120 jenis penapis air yang tidak mempunyai sijil Halal.

Hal tersebut membuatkan pemuda itu berasa tidak adil kepada rakan-rakan yang beragama Islam dan vegetarian yang amat cakna tentang barang-barang yang dihasilkan daripada haiwan.

Dia sempat memesan agar semua netizen yang menonton videonya itu untuk periksa semula penapis air masing-masing dan manfaatkan perkongsian yang telah dibuatnya di laman TikTok.

Ramai yang memuji sifat murni pemuda tersebut kerana sudi berkongsi ilmu baharu dengan rakan-rakan Muslim dan vegetarian yang lain. Netizen juga menghargai sifat prihatin yang ditunjukkan olehnya menerusi video yang dimuat naiknya itu.

Video berdurasi 46 saat yang dikongsikan itu telah meraih 196.2 ribu tontonan, 26.4 ribu tanda suka dan 1126 komen!

Video yang tular di TikTok

@jambanking_kongmee_oe KENAPA filter ada sijil halal penting #jambanking #kongmee #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #halal #waterfilter ♬ original sound – JAMBAN KING Steve🚽👑

Rata-rata netizen di ruangan komen mengaku bahawa perkongsian tersebut merupakan sebuah ilmu yang baharu dapat mereka pelajari kerana selama ini tidak pernah didedahkan tentang kewujudan penapis air yang halal.

Ramai yang menyangkakan semua penapis air adalah sama dan selamat digunakan.

Berikut adalah komen-komen menarik di TikTok

“Oh saya pun baru tahu filter air pun ada halal. I guess we learned something new everyday.”

“Mantap la bro bukan selalu org cakap pasal nih…aku pon tk penah tau… respect..ilmu baru”


“ohh baru tau, pelik jgk sbb ape kne ada sijil halal dkt air penapis, kt situ ruanya, tq sir, im very appreciate your video, and care about it”

“I really appreciate when you include vegetarian people… Respect bro”