Acara Sukan Paling Lawak! Gelagat Para Suami Gayakan Tudung Isteri Undang Dekah Ramai

Seringkali kita lihat di media sosial tentang ‘jiran daripada neraka’ yang sememangnya ada sahaja perkara menyakitkan hati yang hendak dilakukan oleh mereka.
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana penduduk kampung ini mengadakan satu acara sukaneka bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ellyelina11, penduduk di Kampung Alor Wan Syed, Marang telah mengadakan aktiviti sukaneka dan dapat kita lihat ramai yang turut serta bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah salah satu permainan yang diadakan adalah para suami perlu menggayakan tudung isteri masing-masing.

Difahamkan peraturan permainan itu dirahsiakan daripada penduduk kampung sebelum turn ke padang kerana dikhuatiri awal-awal lagi ramai yang akan menarik diri.


Pelbagai gelagat lucu para suami yang dapat kita lihat termasuklah telatah ‘terlebih over’ pakcik tudung purple yang turut menyertai aktiviti berkenaan. Situasi bertambah meriah dengan tawa hilai para penduduk yang lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka yang ‘habis cara’ menggayakan tudung isteri.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji keakraban antara satu sama lain penduduk kampung. Manakan tidak, semuanya sangat sporting turun padang untuk menyertai acara yang diadakan.

Antara komen warga maya:

“Biar diorang tahu pakai tudung bukan senang, sebab tu kami bersiap lama.. lagi2 kalau pakai selendang lepastu nak makeup lagi”

“Amboi tajamnya tudung dia lipat”


“Tak larat nak gelak.. sporting para suami..”

“Pakcik tudung purple tu kemain..”

“Pakcik tudung ungu bukan main seronok nya.”

“Maing2 kontrol ayu.. tak boleh blah muka sorang2”


Video yang tular di laman TikTok:

@ellyelina11 Replying to @lineclear_1 ♬ original sound – Elly Elina

@ellyelina11 Replying to @eyraquinnie ♬ original sound – Elly Elina

@ellyelina11 acara sukan kg…lelaki tak bersalah..🤣🤣#fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fyp #fypシ #nakkesuasano ♬ Calm Down – Rema