Cuba Larikan Diri dan Menjawab “Kau bodoh, kau gila” Punca Wanita Ditumbuk? Ini Penjelasan Isteri

Pengguna facebook pasti sudah tahu mengenai video viral seorang lelaki yang menampar seorang perempuan akibat perselisihan faham insiden jalan raya.

Pasti ramai yang menyalahkan lelaki yang menampar wanita tersebut walaupun tidak tahu kisah sebenar.

Bak kata pepatah orang melayu, ‘kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang’. Menerusi Mstar, isteri kepada lelaki yang menampar wanita itu, Faridah Mohd Yatim, 38, tampil memberi penjelasan berkaitan insiden itu yang berlaku pada petang Rabu lalu.

Dia tampil menjelaskan perkara yang sebenar bukan bermaksud dia menyokong tindakan ganas suaminya itu kerana ianya tetap salah, tetapi dia tampil hanya untuk menceritakan versi penuh kejadian supaya orang ramai tidak terus membuat penilaian daripada video itu tanpa mendengar apa sebenarnya yang terjadi sewaktu itu.

Keluarganya dan suami yang bekerja sebagai chef itu terus dikecam netizen tanpa usul periksa kejadian.

Sebenarnya video yang tular itu hanya separuh sahaja. Suami saya dan rakan-rakannya kata mereka sudah mengejar wanita itu dari satu selekoh sebelum dia berhenti.

Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa beri isyarat, menyebabkan suami Faridah hampir terbabas.

Wanita itu tak berhenti atau cuba meminta maaf. Apabila suami saya kejar dan dapat dia dihentikan dia menjawab dengan biadab.

Wanita itu menjawab ‘kaulah bodoh, kaulah gila’

Selain itu, suaminya juga mengaku telah menghentak topi keledar miliknya ke atas kereta wanita tersebut disebabkan terlalu marah.

Suami saya memang panggil wanita itu bodoh kerana memandu secara berbahaya dan boleh membahayakan nyawanya dan wanita itu membalas ‘kaulah bodoh, kaulah gila’, mungkin itu sebabnya suami saya ‘naik angin’.

Malah wanita itu sendiri cakap ‘aku angkat la telefon sebab ada orang call’ selepas suami saya marah dia guna telefon.

Ya saya akui dia memang baran. Tetapi dia seorang suami dan bapa yang penyayang. Saya memang ada beritahu dia, apa yang dia buat tu salah (pukul wanita) dan dia sendiri mengaku salah.

Tambahnya lagi, sikap pemandu wanita itu yang membelok tidak memberi ‘signal’ sambil menggunakan telefon bimbit semasa memandu membuatkan suaminya naik angin.

Meskipun suaminya panas baran, tetapi sepanjang 15 tahun mereka berkahwin dan telah mempunyai seorang anak, suaminya tidak pernah naik tangan terhadapnya.

Semoga kes ini akan mendapat kebenaran kelak.