Nama Khairul Aming dan bulan ramadan sudah sinonim. Ramai di antara kita yang ternanti-nanti video 30 Hari 30 Resepi di TikTok influencer itu.
Selain resepi yang dikongsi menjadi ikutan rakyat Malaysia, beberapa bahan yang digunakan turut laris di pasaran!
Baru-baru ini, Khairul Aming ada memuat naik satu video menerusi Twitter, membuatkan ramai kagum dengan pengasas sambal terlaris di Malaysia itu.
Menerusi video yang dikongsi, pemilik Sambal Nyet berkenaan meraikan seluruh para pekerja syarikatnya.
Khairul Aming memaklumkan dia memilih untuk menutup kedua-dua kilang Sambal Nyet sekaligus selama sehari demi memberi peluang buat para pekerja keluar bersama memilih baju raya.
Yang membuatkan pekerjanya lebih terharu sehingga sebak, Khairul Aming sekali lagi membuat kejutan dengan menawarkan ‘duit raya’ buat mereka.
Dapat dilihat jumlah wang yang diberikan bukan sedikit tetapi sebaliknya kerana sampul yang tebal.
Susulan tularnya sifat baik hati majikan terhadap pekerja, video berkenaan telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial.
Kini, jumlah tontonan rakaman tersebut berjaya mencecah sehingga 12.3 juta, meraih 16.1 ribu retweets dan 44.3 likes!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bangga dengan cara Khairul Aming menjaga kebajikan pekerjanya sehingga ada yang berasa ingin bekerja dengan influencer itu.
Dalam pada itu, netizen berharap agar tindakan Khairul Aming ini dapat dicontohi oleh syarikat-syarikat lain di luar sana.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Semoga semua majikan terinspirasi untuk jadi seperti KA. PKS/SME ni adalah antara penggerak utama ekonomi domestik negara. Semakin tinggi gaji yang dibayar kepada pekerja, semakin rancak & baik ekonomi negara. Semakin maju perniagaan PKS/SME.
— Mo Ezz (@ezzthedon) April 7, 2023
“Clients do not come first. Employees come first. If you take care of your employees, they will take care of the clients.”
— Richard Branson
— Azlan عزلان אזלן アズラン อัซลัน (@langkelana) April 7, 2023
Teka dan menang, berapaa bonus sorang dapat??? pic.twitter.com/3vH42ioMQa
— Fareez Aiman Ilyas (@FareezJobs) April 7, 2023
seronok tengok staff happy. true company akan jaga staff sebab dorang la tulang belakang company sebenarnya
— it’s me Marou (@marouapplehijau) April 7, 2023
Banyak masalah dekat Malaysia ni boleh settle kalau semua majikan jaga pekerja dia macam ni.
🫶🏼
— Pelabur Bijak (@Pelabur_Bijak) April 8, 2023
Ciapan yang tular di laman Twitter
Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. InshaAllah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak hehe pic.twitter.com/JhZ6gztTqV
— Khairulaming (@khairulaming) April 7, 2023