Netizen Tergamam Tengok Menu Sahur Anak RidzOkumura, Terfikir Pukul Berapa Ibunya Bangun Siapkan Makanan

Masuk sahaja bulan puasa, insan bergelar ibulah yang paling sibuk, menyediakan juadah berbuka pada waktu petang dan sahur di awal pagi.

Iospital phone repair gombak

Begitu besar pengorbanan seorang ibu terhadap keluarganya terutama sekali untuk anak-anak tersayang.

Seorang ibu sebolehnya ingin memastikan anaknya mendapatkan tenaga yang cukup agar dapat menahan lapar sepanjang berpuasa nanti.

Persis yang dilakukan oleh isteri pengusaha salun terkemuka, RidzOkumura yang menghidangkan menu penuh berselera buat anak lelaki mereka, Sky.

Beberapa buah video memaparkan menu bersahur dan berbuka Sky yang dikongsikan di Instagram milik Ridz menerima respons positif ramai.

Menurut orang ramai, mereka juga tidak mampu menyediakan hidangan seperti mana yang diberikan kepada Sky. Lagi-lagi pada waktu sahur.

Seloroh netizen, kalau begitulah rupa makanan yang dihidangkan sepanjang Ramadan, tidak berbuka di hotel pun tak apa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan respons kagum terhadap isteri Ridz iaitu Akiko yang menyiapkan juadah sahur bernutrisi lengkap buat anak mereka.

Tambah netizen, video berbuka puasa dan sahur daripada Ridz antara yang dinanti-nantikan mereka pada setiap tahun kerana gemar melihat cara dekorasi makanan yang cantik oleh Akiko.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“ahhh dia mai dhhh dh bpe thun folow abg dh bpe thn jgk tgk ni time buka dan sahur..mak sky ni rajin btl orgnya..presentation dia mmg A+++++ 👏”

“Lepas ni hari2 la buat video berbuka dengan sahur….suka tengok semua nya cantik dan nampak sedap… semoga dipermudahkan segala urusan”


“Tiap kli puasa akn tggu video dr abg…first nk tgk deco juadah sahur n bebuka …terbaik mumy sky Slmt berpuasa abg sekeluarga 😍”

“a Allah..mak dia bangun pukul brapa la utk masak sahur cmgini..macam² ada..mak n ayah sky pun sama portion dgn sky ke?”

“sky dah gemokkk 😍😍😍”

“Nti buat la video akiko buat deco makanan ni.. Mcmne hias semua.. Suke la tgk.. Berselera je”

“Rajin sungguh mama Sky.. acik tabik spring sbb acik pun tak mampu nk masak spt yg mama Sky buat.. hidangan yg lengkap dan sgt menarik 👍🏻👍🏻👍🏻 selamat berpuasa Sky 🥰💕💕”

Video yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RidzOkumura Salon (@ridzokumura)