“Enggak Sampei Raya Udah di Pakeii” Rebecca Nur Islam Dipuji Hadiahkan Bibik Baju Sedondon Lagi

Pelakon jelita, Rebecca Nur Islam memang terkenal dengan sikap pemurahnya terutama kepada pembantu rumahnya.

Sebelum ini Rebecca  menjadi perhatian selepas memuat naik foto berbaju raya warna sedondon bersama pembantu rumahnya.

Foto-foto yang dimuatnaik oleh Rebecca menerusi akaun Instagramnya jelas menunjukkan wajah gembira tiga orang pembantu rumahnya ketika bergambar bersama anak-anaknya.

Menerusi ruangan komen setiap foto yang dimuatnaik, rata-rata pengikut IGnya memuji tindakan Rebecca seorang majikan yang baik dan tidak meminggirkan pembantu rumah sebaliknya menghargai mereka.

Malah mereka juga kagum dengan Rebecca yang menggelarkan pembantu rumahnya sebagai ‘helper’ kepada anak-anaknya.

Terbaru, Rebecca sekali lagi telah belanja bibik-bibiknya pakaian baru. Tulisnya di ruang kapsyen:

Ehhh Si Chantik Yang Manis Amboiiii dah Nak Beraya Ke Bikkkk…mummy Becca cakap Suruh simpan Buat Raya,Tapi Mereka Cakap TerLalu Cantik ni,Rasa nya Enggak Sampei Raya Udah Di Pakeii ….

Skali Skala Reward For Them,For Taking Care Of My Kids,Why Not Kan…
InsyaAllah Doa Kan La Majikan Kamu Ini Sentiasa DiMurahi Lagi Rezeki Melimpah Ruah,InsyaAllah Akan DiKongsi Juga Dengan Kamu Semua…. #becauseLifeIsTooShort

Isnin -Jumaat,Setiap pagi apabila mummy Becca melangkah Keluar Rumah,Maknanya Mummy Becca Keluar Mencari Rezeki begitu juga En Suami Akan Keluar Mencari Rezeki Yg Halal..Dan Melangkah KeluarNya Mummy Becca Selalu BerDoa,,,

”Ya Allah Jaga La Anak Anak Ku,Jaga la Setiap Langkah Anak Anak Ku,Tiada Nya Ku Di Sisi Mereka,,KU Keluar Mencari Rezeki Sesama Utk Keluarga BesarKu…

Dan Sentiasa Kau Jagain Dan PerElokkan La Perangai Bibik BibikKu,BeriKan La Mereka Hati,Fikiran Yg Penuh Kasih Sayang TerHadap Anak AnakKu  

Rata-rata peminat di Instagram Rebecca sangat kagum dengan kebaikan yang dilakukannya dan ada yang merasa cemburu dengan bibik-bibik Rebecca.

Semoga Rebecca Nur Islam sentiasa dimurahkan rezeki.