Layak Digelar Hero, Lelaki Ini Sanggup Gadai Nyawa Demi Bantu Mangsa Terbabas Ke Dalam Tasik

Bantu membantu satu sama lain merupakan amalan baik yang patut diterapkan oleh setiap insan. Namun begitu, masih wujudkah insan yang berhati mulia sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain?

Iospital phone repair gombak

Inilah hero penyelamat dunia, Suzaini Mohd Sadali yang sanggup menggadai nyawanya sendiri demi menyelamatkan tiga individu selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas ke dalam sebuah tasik yang terletak di Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat.

Menurut Harian Metro, Suzaini berani bertindak sedemikian selepas terdengar jeritan lelaki meminta pertolongan dan dilihat terkapai-kapai di atas bekas lombong bauksit itu.

Suzaini tanpa berfikir panjang, dia terus terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta tersebut serta dibantu oleh dua lelaki yang lain di kawasan kejadian.

“Ketika itu saya sedang memandu kereta melalui kawasan berkenaan dan ternampak kereta itu terbabas ke dalam tasik.

“Saya terus memberhentikan kenderaan dan melihat dua mangsa perempuan di sebelah tempat pemandu dan penumpang belakang sedang berpaut pada kereta serta menangis.

“Pemandu kereta pula sudah terkapai-kapai dan apabila dia melihat saya, dia menjerit meminta tolong, membuatkan saya terus terjun tanpa fikir apa-apa.

“Saya berjaya memaut lelaki itu dan membawanya berenang ke tepi tasik dan dua lelaki lain turut membantu mencapai kayu bagi menarik dua wanita berkenaan ke tepi,” terang Suzaini, 43.

Suzaini turut menyatakan bahawa dia berasa bersyukur kerana semua mangsa dapat diselamatkan dan menyifatkan tragedi itu merupakan salah satu perkara yang sukar untuk dilupakan dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, semua berjaya kami selamatkan dan memang ini pengalaman tak boleh dilupakan, tasik ini memang dalam,” jelasnya lagi.


Tindakan berani Suzaini atau lebih dikenali sebagai Jai itu turut tular di laman Facebook yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama Otai Johor.

“Makluman awal kemalangan sebuah kereta hilang kawalan & terjunam ke dalam tasik di Tasik Merdeka,Batu Pahat sebentar tadi.

“Alhamdulillah,mangsa 3 orang dapat diselamatkn oleh brother baju oren dikenali nama Jai. Terima kasih bro👍👍👍,” tulis kapsyen hantaran tersebut.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Jai kerana berani membantu mangsa-mangsa tersebut.

Antara komen netizen:

“Terbaik Bro.. Alhamdulillah Selamat Aamiin”

“tahniah bro jai…kawan doakan awak murah rezeki…aminnn”

Hantaran yang tular: