“Terbaik bossnya!” Dapat Tajaan Pakej Umrah Setelah 27 Tahun Bekerja, Tindakan Majikan Ini Terima Pujian Ramai

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan oleh para majikan bagi menghargai jasa-jasa pekerjanya terutama sekali bagi pekerja yang telah lama berkhidmat dalam sesebuah syarikat.

Iospital phone repair gombak

Begitu juga kisah yang dikongsikan di laman TikTok pengguna @siti5874, khabar gembira mengenai seorang pekerja yang sudah lama berjasa bernama Yusuf telah menerima hadiah daripada syarikatnya iaitu Petronas yang bertempat di Pendang.

Difahamkan, Yusuf telah menerima tajaan pakej umrah kerana telah berkhidmat selama 27 tahun di syarikat tersebut.

“Pakej umrah untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular tersebut.

Menerusi video yang telah dimuat naik itu juga, terdapat beberapa orang lagi pekerja lain yang turut menerima sumbangan selain Yusuf daripada majikan mereka atas usaha dan pencapaian mereka selama bekerja di syarikat berkenaan.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah meraih sebanyak 203.8K tontonan,20.7K tanda suka, dan 444 komen dari laman TikTok.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa kagum dan memberikan pujian terhadap majikannya itu kerana menghargai jasa-jasa pekerjanya dan turut memberikan hadiah yang besar buat pekerjanya itu.

Antara komen netizen:

“bagus yee org yg percaya akan rezeki Allah dia Tak akn berkira2..dia Tau Allah akn bg lebih..tahniah2✌️”

“Ya Allah. Aku tak kenal siapa majikan pakcik ni. Tp aku doakan, kalau dia ditimpa musibah, hati dia sentiasa kuat dan tabah menharungi ujian mu ya Allah. Senang jalan hidup dia. 🥰”


“Where leaders should lead by example.. tahniah majikan berkongsi rezeki dgn staf.Moga di buka pintu rezeki yg luas hendakNya utk kalian aamiin 🤲 Syabas👍”

“Suka tgk majikan mcm ni, Yg appreciate pekerja2 dia 🥰 moga pakcik yusuf dan majikan terus dimurahkan rezeki”

“Salute buat majikan yg percaya dgn janji Allah.. bagi lebih kita dapat lebih☺️moga Allah murahkan rezeki kita semua..😊”

Video TikTok yang tular:

@siti5874 Pakej Umrah untuk Yusuf yg telah berkhidmat 27tahun di Petronas Pendang🙏 #fy #seo #fypp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ tak akan pernah jauh – bigboss